JPJ Cari Syarikat & Pemilik Kenderaan Bagi Sewa Kepada Warga Asing
-full_normal.jpg)
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melancarkan operasi khusus mencari syarikat dan pemilik kenderaan yang beri sewa kepada warga asing tanpa lesen. (Gambar hiasan)
Padah menanti syarikat dan pemilik kenderaan yang menyewakan kenderaan kepada warga asing tanpa lesen memandu sah dan insurans kenderaan.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melancarkan operasi khusus bagi mengesan sesiapa yang terlibat dalam aktiviti ini, lapor Bernama.
Tindakan ini diambil berikutan penahanan seorang warga asing yang memandu kereta sewa tanpa lesen, bersama dua rakan, dalam Operasi Bersepadu JPJ bersama beberapa agensi penguatkuasaan lain pada malam semalam.
Dalam operasi tersebut, sebuah kenderaan Honda City telah ditahan, dan hasil siasatan mendapati suspek telah menyewa kenderaan itu untuk perjalanan ke Pulau Pinang. JPJ kini akan mengenal pasti pemilik kenderaan tersebut dan menjalankan siasatan lanjut. Jika terbukti kenderaan itu disewakan secara tidak sah, tindakan akan diambil di bawah kesalahan yang relevan.

Pengarah Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hasan (Foto: Bernama)
Pengarah Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hasan berkata, terdapat peningkatan jumlah kemalangan jalan raya yang melibatkan warga asing, yang menimbulkan kebimbangan kerana ia melibatkan nyawa.
"Sebagai contoh, kita lihat warga asing yang menaiki motosikal roda tiga dengan membawa besi buruk, kebanyakan mereka didapati tidak mematuhi peraturan jalan raya.
"Bagaimanapun, kita (JPJ) akan sentiasa memantau secara berterusan kes-kes seperti ini," katanya.
Pengarah JPJ WPKL, Mohd Zaki Ismail, menyatakan bahawa kenderaan yang dinaiki oleh suspek adalah antara 2,512 kenderaan yang diperiksa dalam Operasi Bersepadu yang dijalankan dari 8 malam hingga 12 tengah malam tadi. Dari jumlah tersebut, 196 kenderaan dikenakan tindakan.
Dalam operasi tersebut, seramai 21 warga asing terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh, Nepal, dan India turut diperiksa, dengan tujuh daripadanya ditahan, termasuk seorang wanita dari Indonesia.
Sebanyak 416 notis saman telah dikeluarkan dan 11 kenderaan disita. Kesalahan tertinggi adalah ketiadaan lesen memandu kompeten sebanyak 144 kes, manakala 11 kenderaan disita terdiri daripada tiga motosikal dan lapan kereta atas pelbagai kesalahan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2404
SELANGOR
BSU8098
JOHOR
JG8719J
PULAU PINANG
PSH2047
PERAK
APM7068
PAHANG
CFJ3315
KEDAH
KGJ7023
NEGERI SEMBILAN
NEM4982
KOTA KINABALU
SJU9746
KUCHING
QAB9429P
Terakhir Kemas Kini 02 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Aplikasi TuJu Bukan Untuk Saing Waze, Fokus Lebuh Raya Bertol
TuJu Dibangun Bukan Ganti Waze.
28-10-2026
Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?
Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.
27-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC
Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50
27-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge