Jualan Proton Naik Lagi Sebab Saga?

Pengeluar kereta nasional, PROTON, sekali lagi mencatatkan kadar pertumbuhan sebanyak 17.1% berbanding bulan yang sama pada tahun 2023, dengan 11,025 unit (domestik dan eksport) terjual berbanding 9,415 unit pada April tahun lalu.
Jualan bagi empat bulan pertama tahun 2024 juga meningkat kepada 50,175 unit, lebih tinggi daripada 49,702 unit yang terjual dari Januari hingga April 2023.
Jumlah Industri (TIV) bagi pasaran automotif Malaysia pula juga meningkat kepada anggaran 59,100 unit untuk tempoh yang sama, dengan jumlah kumulatif sebanyak 261,345 unit bagi tahun ini.
Pegangan pasaran PROTON dianggarkan pada 18.7% pada bulan April, manakala pegangan pasaran dalam tahun ini dijangka pada 19.2%, mengekalkan kedudukan kedua dalam tangga jualan automotive negara.
Jualan eksport khususnya, memainkan peranan penting dalam prestasi syarikat, melonjak sebanyak 38.5% dari 603 unit kepada 835 unit sejak awal tahun hingga bulan April.
Di sebalik jualan memberangsangkan ini, Proton X50 menerajui semula kategori SUV segmen-B, manakala Proton S70 mengekalkan kedudukannya bagi bulan keempat berturut-turut.

Ini kerana jualan Proton X50, mencapai jualan 1,642 unit pada bulan April manakala , Proton S70 telah mendahului jualan sedan segmen-C sejak awal tahun dan berterusan dengan 1,635 unit terjual pada bulan April.
Bagi tahun 2024, ia telah mencapai jualan kumulatif sebanyak 7,463 unit.
SAGA LARIS

Seperti biasa, model terlaris PROTON, sudah pastinya Proton Saga kerana ia mencatatkan jualan sebanyak 5,031 unit pada bulan April dengan jualan awal tahun sehingga kini meningkat 8.8% kepada 23,278 unit
Bagi model PROTON yang lain, jualan untuk Proton X70 mencapai 552 unit, manakala sedan segmen-B Proton Persona, dan SUV perdana syarikat, Proton X90, mencatatkan jualan sebanyak 1,429 unit dan 312 unit masing-masing.
Proton Iriz, kenderaan hatchback segmen- B, menambah 424 unit kepada jumlah jualan April, membawa jumlah jualan awal tahun sehingga kini kepada 1,958 unit.
JUALAN EKSPORT MENINGKAT SEBAB SAGA
Sejak awal tahun, jualan eksport PROTON telah meningkat sebanyak 38.5% kepada 835 unit berbanding 603 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Proton Saga telah mendahului jualan eksport dengan 427 unit terjual sejak awal tahun. Proton X50 pula menduduki tempat kedua dengan 176 unit terjual, manakala Proton
S70 merekodkan 89 unit dalam pasaran eksport tunggalnya, Brunei, untuk empat bulan pertama tahun ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah mengakui Proton S70 meningkatkan jualannya dalam pasaran domestik serta eksport.
"Kami yakin dapat mencapai pertumbuhan jualan eksport yang mampan tahun ini dan meningkatkan sumbangan jualan eksport kepada jumlah jualan tahunan kami.

“Tahun ini, kami telah menambah Trinidad dan Tobago ke dalam portfolio eksport kami dan mengukuhkan semula kedudukan kami di Bangladesh. PROTON yakin pasaran akan melonjak kerana masih terdapat banyak permintaan daripada pembeli kereta," katanya dalam satu kenyataan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC7364
SELANGOR
BSQ8642
JOHOR
JYY8294
PULAU PINANG
PSD1543
PERAK
APJ2704
PAHANG
CFG7958
KEDAH
KGG5430
NEGERI SEMBILAN
NEK6715
KOTA KINABALU
SJS4420
KUCHING
QAB166P
Terakhir Kemas Kini 22 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berita Baik! Harga Diesel Turun RM2.10 Mulai Julai
Diesel Turun RM2.10: Hanya Untuk Pemegang MyKad Mulai Julai.
22-06-2026
Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa
inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.
19-06-2026
CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun
Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.
19-06-2026
Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu
Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.
19-06-2026
Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ
Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.
19-06-2026
Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing
Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.
18-06-2026
Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!
Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.
18-06-2026
Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ
Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.
18-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat