ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

KINETA & ChargEV Meterai MoU Perluas Rangkaian Pengecasan Yang Komprehensif

Sofea Najmi

Kongsi melalui

IMG_4340.jpg


Kineta dan ChargEV telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk memajukan misi Kineta dalam menyediakan penyelesaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) yang komprehensif dan memperluas rangkaian pengecasannya untuk kemudahan pengguna dan rakan niaga. 


Melalui MoU ini, ChargEV dan Kineta akan bekerjasama untuk meningkatkan dan memperluaskan rangkaian pengecasan EV mereka di Malaysia. Kolaborasi ini juga meletakkan kedua-dua syarikat bersedia untuk bersatu tenaga bagi mendapatkan tender utama di Malaysia dan rantau ini. 


IMG_4378.jpg


Kineta memiliki salah satu pasukan pemasangan pengecas EV terbesar yang telah menerima pentauliahan daripada Suruhanjaya Tenaga (ST), dengan 40 jurutera elektrik yang komited untuk memastikan keselamatan dan pematuhan peraturan bagi semua pemasangan di rumah dan untuk tujuan perniagaan.


Kineta juga menawarkan sokongan komprehensif terdiri daripada pasukan khidmat pelanggan, perkhidmtan selepas jualan, sokongan teknikal dan jaminan. 


IMG_4346.jpg


Sementara itu, ChargEV, anak syarikat Yinson GreenTech, akan menyediakan rangkaian infrastruktur pengecasan rentas sempadan antara Malaysia-Singapura, dengan tumpuan untuk membantu perniagaan melakukan elektrifikasi tapak dan integrasi ke dalam rangkaian pengecasan EV dengan lancar. 


Semasa upacara MoU, Pengarah Urusan Kineta Sdn Bhd, Sunny Lee, berkata, "Kami berbesar hati dapat bergabung dengan ChargEV untuk menyediakan penyelesaian lengkap bagi semua keperluan pengecasan pemandu EV. Bersama-sama, kita boleh mempercepatkan matlamat kerajaan untuk memasang 10,000 pengecas dalam tempoh beberapa tahun akan datang.


IMG_4374.jpg


Beliau turut menambah bahawa kerjasama ini merupakan tonggak utama dalam industri EV, yang menggabungkan rangkaian infrastruktur yang luas oleh ChargEV dengan penyelesaian komprehensif oleh Kineta untuk memudahkan peralihan kepada kenderaan elektrik," tambahnya.


Sementara itu, Pengarah Urusan ChargEV SengTeong Chua menjelaskan, "Kenderaan Elektrik Bateri hanya menyumbang 1.45% daripada jualan kereta baharu pada tahun 2023. Apabila permintaan untuk kenderaan elektrik sepenuhnya meningkat, keperluan terhadap infrastruktur pengecasan yang mudah untuk diakses, boleh dipercayai dan lancar juga akan bertambah. 


IMG_4369.jpg


ChargEV dan Kineta komited untuk menyokong matlamat EV Malaysia, menyumbang sebanyak 15% daripada jumlah industri secara keseluruhan menjelang tahun 2030, selaras dengan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara. 





Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRL6243

SELANGOR

BSS9275

JOHOR

JC6309J

PULAU PINANG

PSE8147

PERAK

APK7529

PAHANG

CFH4837

KEDAH

KGH6154

NEGERI SEMBILAN

NEL4846

KOTA KINABALU

SJT5934

KUCHING

QAB4206P

Terakhir Kemas Kini 20 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV
MAS 2025: KINETA & Charge+ Meterai Kerjasama, Sasar Perluas Rangkaian Pengecas EV

MAS 2025: KINETA & Charge+ Meterai Kerjasama, Sasar Perluas Rangkaian Pengecas EV

Syarikat penyedia penyelesaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) tempatan, KINETA, mengumumkan kerjasama strategik bersama Charge+.

09-05-2025
EV
Ini Logo & Identiti Korporat Baharu Pembekal Pengecas EV, Kineta – Rasmi 12 Mac Ini

Ini Logo & Identiti Korporat Baharu Pembekal Pengecas EV, Kineta – Rasmi 12 Mac Ini

Kineta kini sedang melalui proses penjenamaan semula. Ini maksud logo dan identiti baharu Kineta...

10-03-2024
EV
Kineta Kini Rasmi Sebagai Pengedar Eksklusif Pengecas EV Zhida

Kineta Kini Rasmi Sebagai Pengedar Eksklusif Pengecas EV Zhida

Kineta telah menandatangani Perjanjian Pengedaran Eksklusif (EDA) dengan Shanghai Zhida Technology Development Co. Ltd.

05-12-2023
EV
Yinson GreenTech & PDT Bersatu Percepat Revolusi Mobiliti Elektrik di Johor

Yinson GreenTech & PDT Bersatu Percepat Revolusi Mobiliti Elektrik di Johor

Yinson GreenTech, melalui anak syarikatnya, penyedia kenderaan elektrik (EV) sewa, drivEV, telah menjalinkan kerjasama strategik dengan Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dalam usaha memajukan matlamat mobiliti hijau di negeri Johor.

26-11-2025
Berita Auto
Nak Pandu EV? Tempah Dengan GoCar

Nak Pandu EV? Tempah Dengan GoCar

GoCar Malaysia, peneraju platform mobiliti sebagai perkhidmatan berdasarkan kepada permintaan dan Yinson GreenTech menjalin kerjasama untuk menawarkan kenderaan elektrik Ora Good Cat melalui program GoCar Share.

23-02-2024
EV
Miliki Motosikal Elektrik rydeEV Dengan Pelan Pascabayar 5G CelcomDigi! – Dari RM299/Bulan

Miliki Motosikal Elektrik rydeEV Dengan Pelan Pascabayar 5G CelcomDigi! – Dari RM299/Bulan

Pelanggan kini boleh sewa beli motosikal elektrik (e-bike) dengan mendaftar mana-mana daripada pelan pascabayar 5G CelcomDigi. Baca untuk ketahui manfaat lain...

25-01-2024
Berita Auto
Pos M'sia: EV Mampu Jimat Kos Operasi

Pos M'sia: EV Mampu Jimat Kos Operasi

Pos Malaysia Bhd akan menggunakan sepenuhnya kenderaan elektrik (EV) menjelang tahun 2030.

18-10-2023
Berita Auto
Pengecas EV Kini Di 6 Pejabat Pos Malaysia, Kerjasama Dengan Yinson GreenTech

Pengecas EV Kini Di 6 Pejabat Pos Malaysia, Kerjasama Dengan Yinson GreenTech

Pos Malaysia jalin kerjasama strategik dengan Yinson GreenTech melancarkan stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) yang dikuasakan oleh chargEV.

23-06-2023

Berita Terkini

EV
Berapa EV Terbakar Di Malaysia

Berapa EV Terbakar Di Malaysia

Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.

19-08-2026
EV
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar

EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar

Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.

17-08-2026
EV
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS  Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia

Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia

Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.

12-08-2026
EV
Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada

Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada

2 Syarat Sebelum Jual EV Murah Di Malaysia — Elak Rakyat Terbeban!

10-08-2026
EV
Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501

Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501

Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.

06-08-2026
EV
Isu Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV, Ini Pula Komen BMW

Isu Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV, Ini Pula Komen BMW

BMW Group Malaysia menggesa agar cadangan kerajaan memperkenalkan levi (EV) bagi membiayai rangkaian pengecasan awam dibincangkan secara mendalam bersama pemain industri.

06-08-2026
EV
Kerajaan Pertimbang Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV Untuk Bina Pengecas Awam

Kerajaan Pertimbang Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV Untuk Bina Pengecas Awam

Kerajaan sedang kaji untuk mengenakan satu caj ke atas jualan EV.

04-08-2026
EV
Tesla Destination Charger Mula Dikenakan Bayaran RM0.88/kWh

Tesla Destination Charger Mula Dikenakan Bayaran RM0.88/kWh

Masih Murah Berbanding Pasaran: Berapa Kos Sebenar Cas Tesla Sekarang?

28-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.