ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

LAPORAN: Tiada Lagi Enjin 1.8 TGDi Untuk X70?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sudah bukan rahsia lagi bahawa Proton akan melancarkan Proton X70 facelift tidak lama lagi namun pengurusan tertinggi Proton mengesahkan bahawa pihaknya akan  menggugurkan pilihan enjin 1.8 TGDi daripada barisan Proton X70.

Sebaliknya, barisan X70 akan dilengkapi dengan enjin 1.5 TGDi 3 silinder sebaris.

image.png

Menerusi penggunaan enjin ini, ia mampu menghamburkan kuasa setakat 175 hp dan tork 255 Nm dimana enjin yang sama ini digunakan pada varian Proton X50 Flagship.

Langkah ini adalah sebahagian daripada strategi Proton untuk menyelaraskan barisan rangkaian kuasanya untuk semua model yang dibangunkan berasaskan Geely.

image.png

Ia berikutan pembuat kereta itu telah memulakan pengeluaran enjin 1.5 liter 3-silinder di kilang pengeluarannya yang terletak di Tanjung Malim, Perak.

image.png

Untuk makluman anda, enjin 1.8 liter  TGDi 4 silinder disumbat pada  barisan X70, sejak ia diperkenalkan ke pasaran tempatan pada tahun  2018.

Untuk itu, barisan X70 ketika itu mampu menghasilkan kuasa setakat 181 hp dan 300 Nm serta  dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan untuk varian import sepenuhnya (CBU).

image.png

Namun unit itu akhirnya digantikan dengan kotak gear DCT 7-kelajuan untuk model pemasangan tempatan (CKD).

Dikhabarkan, enjin 1.8 TGDi itu sebenarnya dihantar secara eksklusif dari kilang Geely yang terletak di Zhejiang, China.

Bagaimanapun, barisan Proton X70 yang sedia ada sekarang hanya mempunyai satu varian yang dikuasakan oleh enjin 1.8 TGDi, iaitu X70 1.8 TGDi Premium 2WD.

image.png

Ia berharga  RM128,800 dan, varian spesifikasi tinggi ini akan digugurkan bagi memberi laluan kepada versi X70  facelift. Ia akan digantikan dengan varian 1.5 TGDi Premium X 2WD.

Selain keputusan Proton untuk menggugurkan enjin 1.8 TGDi, pihak pengeluar kereta nasional itu turut mengesahkan X70 facelift akan hadir dengan sistem pemanduan autonomi Tahap 2.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR8021

SELANGOR

BSU931

JOHOR

JE8697J

PULAU PINANG

PSF8859

PERAK

APL7550

PAHANG

CFH8514

KEDAH

KGJ2784

NEGERI SEMBILAN

NEM1147

KOTA KINABALU

SJU3172

KUCHING

QAB6415P

Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

11-04-2026
Pandu Uji

09-01-2026
Kereta Baru

08-01-2026
Berita Auto

06-01-2026
Berita Auto

05-06-2025
Berita Auto
Berita Auto
Teknologi

16-10-2024

Berita Terkini

Berita Auto

500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing

Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.

28-09-2026
Berita Auto
Berita Auto

Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports

Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.

28-09-2026
Berita Auto

JSPT Uji 3 Model Harley-Davidson

JSPT Uji Motosikal Harley-Davidson untuk Penguatkuasaan

25-09-2026
Berita Auto

Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi

Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.

25-09-2026
Berita Auto

Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing

Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.

25-09-2026
Berita Auto

F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma

Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.

24-09-2026
Berita Auto

Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera

Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.

24-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.