ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

MAS 2024: Tempah Model Proton, Dapat Macam-Macam

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Syarikat kereta nasional, PROTON, mendedahkan  kereta lumba PROTON S70 R3 yang dibangunkan oleh R3 Motorsports pada Malaysia Autoshow 2024 yang sedang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang.

Proton S70 R3 merupakan kereta lumba serba baharu pertama Proton R3 sejak Proton Saga R3 pada tahun 2019, sekali gus menandakan kembalinya jenama tersebut ke perlumbaan S1K sejak tahun itu.

image.pngimage.png

Setakat hari ini, Proton R3 mempunyai lima kemenangan di tangannya, lebih banyak daripada pasukan yang lain, termasuk meraih kemenangan selama tiga tahun berturut-turut dari 2017 hingga 2019.

Difahamkan, jentera ini masih dalam proses pembangunan, namun  kereta yang dipamerkan itu menampilkan evolusi terbaru pakej aerodinamik yang disesuaikan untuk kereta lumba ini. 

Difahamkan dua unit kereta baharu ini bakal dipertaruhkan oleh pasukan pada perlumbaan Sepang 1,000km tahun ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah mengakui PROTON mempunyai sejarah panjang dalam sukan permotoran.

image.png

“Ia bermula dengan Proton Saga dan penglibatan kami semakin meningkat dengan penubuhan Proton R3 pada tahun 2003.

“Sejak itu, kami telah bersaing dan menang pelbagai pertandingan hingga ke peringkat global dengan model seperti Proton Satria, Waja, Suprima S, Iriz, dan versi terbaru Saga,” katanya.

Tambahnya, dengan adanya Proton S70 R3, Proton menambah satu lagi pencapaian dalam legasi.

“Ini menandakan bukan sahaja kembalinya nama Proton ke acara S1K tetapi juga kereta lumba pertama berdasarkan  model yang dibangunkan bersama oleh Proton dan Geely," ujarnya.

MALAYSIA AUTOSHOW 2024.

Sempena pameran in, PROTON menawarkan pelbagai tawaran menarik.

Para pengunjung berpeluang menikmati  promosi eksklusif dan ganjaran dari PROTON sepanjang acara tersebut berlangsung.

Lebih menarik, bagi yang terus membuat tempahan model Proton akan menerima hadiah eksklusif seperti pelindung matahari, pembaca tol, dan pengecas tanpa wayar untuk model terpilih. 

Promosi istimewa juga ditawarkan khusus untuk tempahan yang dibuat di Malaysia Autoshow dengan pendaftaran sebelum 30 Jun 2024. 

WhatsApp-Image-2024-05-24-at-10.36.50.jpeg

Ini termasuk penyelenggaraan percuma selama dua tahun untuk model X50, X70, dan X90 serta baucar tunai RM500 untuk model PROTON S70, Saga, dan Persona.

Terdapat juga Test Drive Lucky Spin di mana peserta dapat memutar roda bertuah untuk memenangi barangan eksklusif Proton setelah memandu uji model Proton.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX6224

SELANGOR

BSU9073

JOHOR

JH1375J

PULAU PINANG

PSH2836

PERAK

APM7835

PAHANG

CFJ3612

KEDAH

KGJ7437

NEGERI SEMBILAN

NEM5351

KOTA KINABALU

SJV931

KUCHING

QAB9610P

Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

27-11-2024
Berita Auto

09-10-2024
Kereta Baru

03-05-2023
Kereta Baru

05-11-2026
Kereta Baru

22-10-2026
Berita Auto

Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?

Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?

23-09-2026
Tips

22-09-2026
Kereta Baru

14-09-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang

Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.

05-11-2026
Berita Auto

Puncak Alam Pula Dinaiki Air

Tiada Kesudahan Banjir Kilat Di Selangor.

05-11-2026
Berita Auto

Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi

Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.

05-11-2026
Berita Auto

Isu Stesen LRT Sesak

LRT Semakin Sesak, Sampai Bila Perlu Berhimpit?

05-11-2026
Berita Auto

ECRL Ke Rantau Panjang: Kerajaan Peruntuk RM200 Juta

Peruntuk RM200 Juta Sambungan ECRL Kota Bharu-Rantau Panjang.

05-11-2026
Berita Auto

Tempah Servis BYD Guna OneGo App, Nikmati Diskaun RM50

Pemilik BYD kini boleh tempah untuk servis kereta guna OneGo.

05-11-2026
Berita Auto

Pemenang Kempen Tonton Terima Nissan Kicks e-POWER

Pemenang Bertuah Kempen Tonton Bawa Pulang Nissan KICKS e-POWER.

05-11-2026
Berita Auto

Jualan Proton Oktober Melonjak, Hampiri Sasaran 200k

Prestasi pada bulan Oktober pula meletakkan syarikat semakin hampir untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 200,000 unit buat kali pertama sejak tahun 2002.

04-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.