ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Pelbagai Model BMW Ditayangkan

Suhana Veru

Kongsi melalui

social_TA_CariCarz_MAS2024_BMW-Malaysia_-11.jpg

BMW Malaysia memperkenalkan BMW 520i baharu pada Pameran Malaysia  Autoshow 2024, pagi  tadi.

Ia yang merupakan versi pemasangan tempatan adalah salah satu tambahan terkini kepada barisan sedan sporty premium BMW.

Menjengah bahagian luarannya, BMW 520i baharu ini menampilkan reka bentuk yang sama dengan BMW i5, dimana  reka bentuknya agak kemas dan sporty.

Selain daripada penampilan siluet memanjang , BMW 520i baharu kini dilengkapi dengan tayar aerodinamik bersaiz 19-inci baharu berwarna 934 bicolour grey.

Menjengah bahagian dalamannya pula, ia hadir dengan stereng dua jejari sekali gus menawarkan kawalan bersepadu menerusi kedudukannya yang horizontal.

social_TA_CariCarz_MAS2024_BMW-Malaysia_-14.jpg

Terdapat juga paparan melengkung BMW Curved Display yang terdiri daripada paparan instrumen 12.3 inci dan paparan kawalan skrin sentuh 14.9 inci.

Tidak ketinggalan, BMW Interaction Bar yang sebenarnya memudahkan kawalan terhadap penghawa dingin dan fungsi lain.

Dari segi trenkuasa, BMW 520i baharu dikuasakan oleh enjin B48 empat silinder yang  kini hadir dalam bentuk hibrid ringan 48V, dimana  teknologi yang sebelum ini digunakan dalam BMW X7. 

Konfigurasi rangkaian kuasa ini sebenarnya menjanjikan prestasi yang mantap dengan penjanaan 153 kW/208 hp dan tork 330 Nm yang membolehkan BMW 520i baharu ini memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 7.5 saat.

Dengan kelajuan maksimum 230 km/j, kemampuan ini mengukuhkan lagi kedudukan kenderaan tersebut sebagai pesaing hebat dalam segmen sedan premium.

Untuk makluman anda, Bantuan Pemanduan Tambahan dalam BMW 520i baharu ini juga dikatakan meningkatkan keselamatan .

Selain itu, jentera ini turut menampilkan pelbagai ciri keselamatan seperti  Kawalan Pemanduan Aktif, Bantuan Kawalan Stereng dan Lorong, serta sistem Amaran Keluar Lorong. 

Dengan ciri-ciri canggih ini, Bantuan Pemanduan Tambahan memastikan pengalaman pemanduan yang lebih selamat dan selesa.

Jadi, bagi yang berminat, BMW 520i baharu ditawarkan dalam pilihan warna luaran yang memukau, iaitu Black Sapphire Metallic, Mineral White Metallic, Phytonic Blue Metallic dan Cape York Green Metallic. 

Sementara itu, upholsteri ditawarkan dalam dua pilihan mewah iaitu Veganza Perforated dengan Quilted Black dan Veganza Perforated bersama Quilted Espresso Brown.

Untuk maklumat lanjut mengenai model BMW 5 Series baharu, KLIK. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4081

SELANGOR

BSU4704

JOHOR

JF9167J

PULAU PINANG

PSG5134

PERAK

APM3341

PAHANG

CFJ1512

KEDAH

KGJ5019

NEGERI SEMBILAN

NEM3179

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

19-01-2026
Berita Auto

15-01-2026
Kereta Baru

20-06-2025
Berita Auto

06-03-2025
Pandu Uji

13-02-2025
Berita Auto

16-01-2025
Kereta Baru

16-01-2025
Berita Auto

28-11-2024

Berita Terkini

EV

Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster

Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia

18-10-2026
EV

ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria

ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.

16-10-2026
EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.