"Petrol, Diesel Mula Naik Jun Nanti? Laporan Itu Tidak Betul" – Menteri Komunikasi
-full_normal.webp)
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menafikan laporan media asing mengenai kenaikan harga minyak bermula Jun.
Awal minggu ini, akhbar Singapura, The Straits Times melaporkan bahawa Putrajaya akan memulakan fasa penghapusan subsidi bahan api bermula bulan Jun tahun ini. Laporan tersebut turut menyatakan bahawa harga diesel terbaru itu nanti akan mengikut kadar pasaran dan harga petrol pula akan meningkat secara beransur-ansur.
Perkara tersebut dikatakan dipetik daripada Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh. Beliau menyatakan bahawa penghapusan subsidi itu akan berlaku “dalam masa yang terdekat” tanpa menyatakan tarikh yang spesifik.
Selain itu, akhbar tersebut juga turut menyebut bahawa perubahan ekonomi yang besar ini akan menjadi satu ujian bagi kerajaan perpaduan Pakatan Harapan, terutamanya dalam keadaan rakyat sedang berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi.
-full.webp)
Namun, Fuziah kemudiannya menjelaskan bahawa kata-katanya telah disalahtafsirkan, dan beliau tidak menyatakan sebarang tarikh. Kerajaan perpaduan juga belum membuat sebarang pengumuman rasmi mengenai perkara ini, walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap pemotongan subsidi akan bermula pada bulan Jun.
-full.webp)
Sementara itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menafikan tuduhan akhbar tersebut dengan menyatakan bahawa isu kenaikan harga minyak petrol dan diesel itu masih belum dibincangkan dalam mesyuarat kabinet yang dihadirinya baru-baru ini.
"Saya meneliti perkara itu dan saya boleh sahkan di sini saya ahli Jemaah Menteri, kita belum bincang perkara ini pun. Jadi, don't put the cart before the horse atau jangan umum sesuatu perkara itu sebelum Kerajaan umumkan,” katanya.
Beliau menasihatkan agar tidak ada pengumuman yang terlalu awal dan menasihatkan semua pihak untuk mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi. Fahmi juga menegaskan bahawa media perlu membuat laporan yang tepat apabila melaporkan isu-isu ekonomi sensitif yang boleh memberi kesan besar kepada rakyat.
Sumber: BH
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM2064
SELANGOR
BST1341
JOHOR
JC8499J
PULAU PINANG
PSE9405
PERAK
APK8506
PAHANG
CFH5140
KEDAH
KGH6648
NEGERI SEMBILAN
NEL5296
KOTA KINABALU
SJT6377
KUCHING
QAB4359P
Terakhir Kemas Kini 24 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Aliran Trafik Ke Pantai Timur Mula Sesak Malam Ini
Cuti Panjang Bermula! Aliran Trafik Ke Pantai Timur Mula Sesak Malam Ini.
23-08-2026
Ini Dah Melampau, Mat Rempit Tutup Lebuhraya
Pelesit Jalanan 'Kuasai' Linkedua: Lebuhraya Linkedua Ditutup Demi Lumba Haram.
23-08-2026
Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu
Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.
21-08-2026
Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya
Geng basikal dinasihatkan berhati-hati mengayuh basikal di jalan besar.
21-08-2026
Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?
Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.
21-08-2026
China Hubungi MITI Nak Uji Kereta Terbang Di Malaysia?
Syarikat China Minat Jadikan Malaysia Untuk Uji Kereta Terbang.
20-08-2026
Kes Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori JIM: Pemandu Dibenar Ikat Jamin RM60,000
Rempuh Lampu Isyarat Hingga Meragut 3 Nyawa, Pemandu 'Black Maria' Mengaku Tidak Bersalah.
20-08-2026
Minyak Naik Beberapa Sen Sahaja
Antara Kenaikan Dan Ketenangan: Minyak Tanpa Subsidi Melambung, Bantuan BUDI Terus Jadi Penyelamat.
20-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat