ECRL Bakal Jadi Medium Penghantaran Produk PERODUA

Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) dengan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dan Kuantan Port Consortium Sdn Bhd (Kuantan Port), di ibu negara, semalam.
Ini menandakan potensi kerjasama jangka panjang untuk perkhidmatan pengangkutan kargo Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang akan beroperasi pada Januari 2027.
Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, MoU yang dimeterai itu akan menjadikan ECRL sebagai pengangkutan berdaya maju untuk rakyat.
"ECRL berfungsi sebagai pemboleh ubah dalam meningkatkan kesalinghubungan serantau dan pembangunan ekonomi, disokong oleh 'jambatan darat' yang menghubungkan dermaga Kuantan Port ke dermaga di Northport dan Westports di Pelabuhan Klang.
"Kesalinghubungan yang penting ini, antara Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Klang akan menyelaraskan pemindahan barang antara pelabuhan dan menangani isu pengendalian berganda kargo," katanya.

Turut hadir, Menteri Pengangkutan (MOT), Anthony Loke Siew Fook, Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad dan Pengerusi Pelabuhan Kuantan, Lee Chun Fai.
Sementara itu, Zainal Abidin berkata, Perodua sedang meneroka langkah untuk mempelbagaikan cara mengangkut produknya dan ECRL ialah pilihan yang berdaya maju untuk keperluan terbabit.

"MoU ini akan membolehkan kami meneroka secara terperinci semua peluang untuk kedua-dua pihak,” jelasnya.
MRL adalah pemilik projek ECRL sepanjang 665 km yang akan merentasi negeri Pantai Timur Kelantan, Terengganu, dan Pahang sebelum menghubungkan Lembah Klang di Pantai Barat.

Jajaran rel ECRL dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak dijangka siap menjelang Disember 2026 dan beroperasi pada Januari 2027.
Jajarannya antara Gombak dan Pelabuhan Klang dijadualkan siap pada Disember 2027, dengan operasi penuh akan bermula dari Januari 2028.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX3262
SELANGOR
BSU8354
JOHOR
JG9230J
PULAU PINANG
PSH2199
PERAK
APM7252
PAHANG
CFJ3405
KEDAH
KGJ7119
NEGERI SEMBILAN
NEM5067
KOTA KINABALU
SJV106
KUCHING
QAB9471P
Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kadar Tambang ECRL Tular Cuma Spekulasi, Harga Rasmi Belum Diumum – MRL
Jangan Percaya 'Kadar Tambang ECRL' Tular, MRL Sahkan Belum Ada Keputusan Rasmi.
16-06-2026
Berita Terkini
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge