GWM Ora 07 Performance Telah Mendarat, Penghantaran Mula Bulan Ini
-full.webp)
Sedan retro-futuristik, Ora 07 varian berprestasi, Performance telah tiba di Malaysia.
GWM Malaysia mengumumkan pada awal hari ini bahawa stok varian Performance bagi sedan Ora 07 kini telah mendarat di Malaysia. Varian ini dilancarkan bersama-sama dengan varian yang menjanjikan jarak EV yang jauh, Long Range pada bulan April lalu.
Seperti yang pernah kami kongsikan dalam artikel pelancaran sebelum ini, Ora 07 Performance menggunakan dua motor yang mengerakkan kesemua roda (AWD) pada output 402 hp dan 680 Nm. Ini membolehkannya bergerak sepantas 4.3 saat daripada 0-100 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi yang dihadkan pada 180 km/j.
Baca: Sedan Elektrik, GWM Ora 07 Kini Di Malaysia – Cecah 640 KM, Dari RM169,800
-full.webp)
-full.webp)
Kuasa dibekalkan oleh bateri LFP berkapasiti 83.5 kWj yang sama ditawarkan pada varian Long Range, menawarkan jarak sehingga 550 KM (NEDC). Bateri boleh dicas dengan pengecas AC 11 kW dan DC 88 kW.
Berdasarkan senarai cukai jalan kenderaan elektrik (EV) yang diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) baru-baru ini, varian Ora 07 Performance hanya akan menelan kos sebanyak RM545 setahun bermula Januari 2025. Ini jauh berbeza dengan jumlah awal sebanyak RM5,075 berdasarkan struktur sebelumnya.
Baca: Ada Berita Baik Bagi Yang Nak Beli EV Sebab Cukai Jalan EV Murah
-full_normal.webp)
Dari segi visual, Ora 07 Performance tidak jauh berbeza daripada varian Long Range, tetapi ia diberikan rim yang lebih besar dan menarik, berukuran 19 inci.






Kabin Ora 07
Tampil unik dengan badan fastback yang berkonsep retro-futuristik, Ora 07 menyerlah berbanding pesaingnya seperti BYD Seal dan Tesla Model 3.


Maklumat harga kereta dan jaminan yang dipaparkan semasa majlis pelancaran Ora 07 di Malaysia.
Harga jualan Ora 07 Performance ialah RM189,900, lebih tinggi berbanding Long Range yang dijual pada harga RM169,800. Pembelian adalah termasuk jaminan standard kenderaan selama enam tahun atau 150,000 km, jaminan komponen EV selama lapan tahun atau 180,000 km dan jaminan bebas karat selama 12 tahun untuk badan kereta. Semasa tempoh jaminan komponen EV yang ditetapkan, GWM Malaysia akan menawarkan pertukaran bateri percuma secara 1-to-1 jika kesihatan bateri anda jatuh di bawah 70%.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS9360
SELANGOR
BSU2574
JOHOR
JF3349J
PULAU PINANG
PSG1785
PERAK
APL9507
PAHANG
CFH9376
KEDAH
KGJ3648
NEGERI SEMBILAN
NEM2016
KOTA KINABALU
SJU4390
KUCHING
QAB7165P
Terakhir Kemas Kini 05 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge