Ini Dia Gaya Model Kenderaan Elektrik Proton

Proton ada mengumumkan bahawa pihaknya akan melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertamanya, bernama e.MAS pada hujung tahun .
Dikhabarkan, EV Proton itu akan dibangunkan berdasarkan berdasarkan Geely Galaxy E5.
Sebaliknya, laporan berita CarNewsChina mendedahkan bahawa Geely merancang untuk melancarkan E5 itu seawal Ogos ini memandangkan beberapa butiran tentang EV itu sudah mula dibocorkan.
Dijangka, Galaxy E5, akan dijual antara 130,000 hingga 170,000 yuan (RM84,000 hingga RM110,000).
Difahamkan, jentera baharu itu yang hadir dalam versi pemanduan sebelah kanan dan kiri sedang diuji namun lokasi ujian tidak didedahkan secara terperinci.
Bagaimanapun, maklumat yang diterima masih samar sama ada model pemanduan sebelah kanan akan dipasarkan di bawah jenama Proton atau sebagai Geely.
Terdahulu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Roslan Abdullah menegaskan bahawa EV baharu itu bukanlah model rebadge sebaliknya ia dibangunkan dengan kerjasama Geely.
Sedikit info mengenai E5, ia menampilkan sistem pemacu elektrik pintar 11-dalam-1 yang menyepadukan 11 komponen utama, termasuk motor dan kawalan elektronik.
E5 dibina berdasrkan platform Geely Electric Architecture (GEA), yang diperoleh daripada Sustainable Experience Architecture (SEA).


E5 turut menyokong pelbagai rangkaian kuasa, termasuk EV, EREV, PHEV dan metanol hijau. Ia juga menampilkan teknologi CTB, menyepadukan bateri ke dalam badan untuk meningkatkan ketegaran, dan sistem anti-gelincir pemacu semua cuaca G-TCS.
Teknologi ini membolehkan Galaxy E5 mencapai kelajuan ujian moose sehingga 78 km/j.
Selain itu, Galaxy E5 dikatakan mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j hanya dalam 6.9 saat dan mempunyai jarak brek 35 meter dari 100 km/j.

Kelajuan tertingginya pula ialah sekitar 180 km/j. Malah, Galaxy E5 juga dilengkapi dengan sistem pemulihan tenaga pintar 4-kelajuan yang melaraskan daya brek dalam masa nyata berdasarkan jarak kenderaan, kesesakan jalan raya dan maklumat tanjakan, memastikan perjalanan yang lebih lancar.


Ia dikuasakan oleh bateri fosfat besi litium besi fosfat Aegis yang dibangunkan sendiri oleh Geely.
Untuk itu, Galaxy E5 menawarkan dua pilihan pek bateri: 49.52 kWj dengan jarak gerak 440 km manakala 60.22 kWj pula menawarkan perjalanan sejauh 530 km.

Apapun, lebih banyak butiran akan didedahkan sebaik tarikh pelancarannya nanti,.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8217
SELANGOR
BST4496
JOHOR
JD6023J
PULAU PINANG
PSF3276
PERAK
APL2518
PAHANG
CFH6251
KEDAH
KGH8697
NEGERI SEMBILAN
NEL6914
KOTA KINABALU
SJT9016
KUCHING
QAB5169P
Terakhir Kemas Kini 03 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat