Jangan Salah Sangka Kalau Ada Yang Guna Laluan Kecemasan

Jangan salah sangka jika ada yang menggunakan laluan kecemasan sempena ketibaan sambutan Aidiladha, tidak lama lagi.
Ini kerana PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sudah mengesahkan bahawa pihaknya akan mengaktifkan laluan Smart Lane di 18 lokasi tumpuan trafik di lebuh raya.
Ia bertujuan untuk melancarkan pergerakan trafik di lokasi kritikal sempena sambutan Aidiladha, bermula 14 hingga 18 Jun ini.
PLUS berkata, ketika Smart Lane diaktifkan, lorong kecemasan sedia ada dibuka untuk mengoptimumkan penggunaan semua laluan dan meningkatkan kapasiti lorong di laluan kritikal lebuh raya.
"Orang ramai boleh mengenal pasti laluan Smart Lane melalui pemasangan lampu hijau dan papan tanda pemberitahuan di lokasi tertentu.
"Smart Lane boleh digunakan oleh kenderaan ringan, persendirian atau penumpang ketika tempoh pengaktifan,”katanya dalam satu kenyataan.
Ini bermakna, pengguna boleh memasuki lorong kecemasan buat sementara waktu sebelum diarah kembali ke laluan utama lebuh raya bagi meneruskan perjalanan.
"Bagaimanapun, pengguna dilarang memandu di lorong kecemasan lokasi lain yang tidak mempunyai pengaktifan laluan Smart Lane,” katanya.

18 lokasi pengaktifan Smart Lane:
1. Sungai Petani (Selatan) – Hentian Sebelah Tikam Batu, KM108.0 – KM112.0 (Arah Selatan)
2. Bukit. Tambun (Utara) – Plaza Tol Juru, KM150.4 – KM146.4 (Arah Utara)
3. Bandar Cassia – Hentian Sebelah Sungai Bakap, KM155.5 – KM157.2 (Arah Selatan)
4. Gua Tempurung – Gopeng, KM303.2 – KM297.0 (Arah Utara)
5. Slim River – Sungkai, KM367.3 – KM354.0 (Arah Utara)
6. Sungkai – Slim River, KM354.0 – KM356.0 (Arah Selatan)
7. R&R Rawang – Sungai Buaya, KM439.5 – KM435.5 (Arah Utara)
8. Hentian Sebelah Rawang – Persimpangan Rawang, KM437.1 – KM443.3 (Arah Selatan)
9. Nilai – R&R Seremban, KM280.0 – KM276.0 (Arah Selatan)
10. Putra Mahkota – Southville, KM289.4 – KM292.6 (Arah Utara)
11. Restoran Jejantas USJ – Seafield (Lebuhraya ELITE), KM8.1 – KM6.1 (Arah Utara)
12. Bandar Saujana Putra – Putra Heights (Lebuhraya ELITE), KM16.2 – KM13.2 (Arah Utara)
13. Port Dickson – Seremban, KM260.0 – KM263.1 (Arah Utara)
14. Ayer Keroh – Hentian Sebelah Kampung Bemban KM194.5 – KM184.0 (Arah Selatan)
15. Kulai – Senai, KM27.0 – KM19.0 (Arah Selatan)
16. Senai – Kulai, KM19.0 – KM27.0 (Arah Utara)
17. Desa Palma – Pasir Gudang, KM4.5 – KM1.9 (Arah Selatan)
18. Pandan – Kempas, KM0.4 – KM6.0 (Arah Utara)
Difahamkan, Smart Lane akan beroperasi mengikut jadual yang ditetapkan dan keadaan trafik semasa.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ9827
SELANGOR
BST8963
JOHOR
JE5916J
PULAU PINANG
PSF7343
PERAK
APL6244
PAHANG
CFH7982
KEDAH
KGJ2151
NEGERI SEMBILAN
NEL9551
KOTA KINABALU
SJU2247
KUCHING
QAB6004P
Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?
Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?
23-09-2026
Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan
Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.
23-09-2026
Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa
Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.
22-09-2026
Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i
Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.
22-09-2026
GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia
Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.
21-09-2026
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat