Jangan Sebarkan Spekulasi Tidak Benar, - POLIS

Tular sekali lagi mengenai kesesakan teruk di Cameron Highlands, Pahang apabila ada pengguna jalan raya yang terperangkap dalam kesesakan hampir 14 jam dari Kuala Lumpur.
Menerusi perkongsian video di TikTok @Naura Sofea, dia mengakui serik untuk kembali berkunjung ke sana selepas terkandas selama 14 jam dari Kuala Lumpur.
“Teruk gila jammed (kesesakan) di Cameron Highlands hari ini (1/6/2024). Memanglah cuti tapi sampai macam ni sekali teruknya. Tak gerak gais, serik nak datang lagi,” katanya menerusi hantaran video tersebut.
Namun kesesakan di pusat peranginan itu sering berlaku pada hujung minggu dan cuti sekolah gara-gara pertambahan pelancong.

Malah, isu itu telah berlarutan sejak sekian lama selain sering dibangkitkan wakil rakyat di situ.
Sebaliknya, Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintenden Azri Ramli menegaskan hanya laluan dari Tanah Rata ke Kea Farm yang mengalami kesesakan teruk.
“Situasi kesesakan di Cameron Highlands terjadi disebabkan peningkatan jumlah kenderaan sebanyak 160 peratus dalam tempoh tertentu,” katanya.
Tambah beliau, berdasarkan laporan akhbar itu, perjalanan selama 14 jam bukan sahaja melibatkan kawasan Cameron Highlands tetapi juga melibatkan kesesakan di lebuh raya terbabit ke lokasi peranginan berkenaan.
Untuk itu, Ibu Pejabat Daerah Cameron Highlands memohon kerjasama dari semua pihak agar tidak membuat sebarang penyebaran mesej atau spekulasi yang tidak benar.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS9245
SELANGOR
BSU2554
JOHOR
JF3280J
PULAU PINANG
PSG1764
PERAK
APL9486
PAHANG
CFH9376
KEDAH
KGJ3641
NEGERI SEMBILAN
NEM1983
KOTA KINABALU
SJU4374
KUCHING
QAB7145P
Terakhir Kemas Kini 04 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Beli Tayar Continental Di In-Store Marketplace
Continental Tyres Malaysia mengubah landskap pembelian dan penjualan tayar menerusi Konsep Ekosistem InStore Marketplace.
02-10-2026
Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"
Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.
02-10-2026
Nasi Lemak RM35 Di Sepang: Harga Makanan F1 Cetus Bualan Hangat
F1 Sepang: Isu Harga Makanan RM35 Jadi Tumpuan Pengunjung.
02-10-2026
Sewa Kereta Kepada Warga Asing: Denda RM10,000
JPJ akan menggempur habis-habisan pemandu warga asing yang semakin bebas memandu secara haram.
02-10-2026
F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt
Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas
01-10-2026
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu
Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.
30-09-2026
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia
Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.
30-09-2026
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge