ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kerajaan Tiada Pilihan, Penyasaran Subsidi Diesel Penting Untuk Selamatkan Negara – PM

Sofea Najmi

Kongsi melalui

448098502_1037900847691482_6212976919920912869_n.jpg


Penyasaran subsidi diesel dilakukan demi menyelamatkan negara, dedah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Langkah yang menimbulkan kontroversi ini terpaksa dilaksanakan kerana kerajaan tiada pilihan lain. 


Demi Masa Depan Negara


Anwar menegaskan, "Kita terpaksa ambil beberapa tindakan yang tidak popular, tetapi untuk selamatkan negara." 


"Siapa mahu penyasaran subsidi ini? Kena tahu, apa pun yang kita lakukan, kita akan dihentam habis-habisan dengan segala fitnah dan penipuan.


Baca: Jangan Tangguh Permohonan Subsidi Diesel


"Padahal, kita beritahu, penyasaran subsidi ini semua perdana menteri sebelum itu telah setuju, cuma tidak ada tekad politik melaksanakan, kerana risikonya ada.


"Tetapi, untuk selamatkan negara, kita tidak ada pilihan," katanya.


Screenshot-2024-06-09-174800.jpg


Menurut Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, pelaksanaan subsidi bersasar ini dikatakan dapat memberikan penjimatan sehingga RM4 bilion setahun, selain dapat mengukuhkan kedudukan kewangan negara buat jangka masa panjang. 


Harga Diesel Tanpa Subsidi Diumumkan


448086384_895058442658301_2938137639927716719_n.jpg448074860_895058449324967_5560155888048450296_n.jpg


Kerajaan mengumumkan harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung kini ialah RM3.35 bagi setiap liter, yang bermula sejak 12.01 tengah malam tadi.


Harga yang diumumkan ini adalah harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula Automatic Pricing Mechanism. 


Bagaimanapun, perubahan ini tidak melibatkan pengguna di Sabah dan Sarawak. 


Sumber: BERNAMA


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN3625

SELANGOR

BST3575

JOHOR

JD4073J

PULAU PINANG

PSF2146

PERAK

APL1472

PAHANG

CFH5857

KEDAH

KGH7835

NEGERI SEMBILAN

NEL6328

KOTA KINABALU

SJT8259

KUCHING

QAB4874P

Terakhir Kemas Kini 29 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.

28-08-2026
Berita Auto
Skim Tukar Motosikal Lama  Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT

Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT

Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.

28-08-2026
Berita Auto
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k

JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k

Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.

28-08-2026
Berita Auto
Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k

Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k

Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.

28-08-2026
Berita Auto
Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel

Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel

Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.

28-08-2026
Berita Auto
Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal

Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal

Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal

27-08-2026
Berita Auto
GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k

GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k

GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.

27-08-2026
Berita Auto
Proton GATE 2026: Pamer EV & Teknologi Mobiliti Masa Depan

Proton GATE 2026: Pamer EV & Teknologi Mobiliti Masa Depan

PROTON Tayang Teknologi HEV, Seni Bina Elektrik, Elektronik, Enjin i-GT, ADAS Serta Infotainmen.

27-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.