ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Penyasaran Subsidi Terbukti Berkesan, Kenderaan Asing Kurang Singgah Stesen Minyak

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Diesel-Smuggler-Johor-(1).jpg


Sejak penyasaran subsidi bahan api diesel dimulakan pada 10 Jun lalu, kehadiran kenderaan asing mengisi minyak diesel di stesen minyak berdekatan sempadan negara menunjukkan penurunan yang ketara, lapor Malaysia Kini


Pengusaha stesen minyak menyatakan kelegaan kerana ini dapat mengekang aktiviti penyelewengan dan penyeludupan diesel. 


Pengurangan Jualan Tidak Jejas Perniagaan


Caricarz-RON95-B10Diesel-FuelPump-(2).jpg


Pengusaha stesen minyak di Changlun, Mohamad Nekmat Ariffin, memaklumkan bahawa penurunan kehadiran kenderaan asing selepas kerajaan menetapkan harga diesel RM3.35 seliter tidak memberi kesan besar pada perniagaannya. Menurutnya, 80% jualan diesel adalah kepada syarikat logistik yang merupakan pelanggan tetap. 


Sementara itu, Muhammad Irfan Kamarulan, pekerja stesen minyak di Lebuhraya Bukit Kayu Hitam-Jitra berkata jualan dieselnya berkurang hingga lebih 50%. 


“Antara sebab penurunan ini ialah kenderaan asing semakin kurang isi minyak di sini, begitu juga bagi kenderaan tempatan yang berkurang mungkin sebab mereka sedang mohon Fleet Card Diesel,” katanya.


“Kami menjual dua jenis diesel iaitu Euro 5 B10 dan Euro 5 B7. Dulu jualan bagi B10 dalam sehari kira-kira 8,000 liter tapi sekarang menurun kepada 5,000 ke 6,000 liter.


“Jarak stesen minyak ini dengan sempadan kira-kira tiga kilometer sahaja, jadi kami rasa tak perlu jual banyak kepada kenderaan asing,” ujarnya yang menyokong tindakan kerajaan. 


Penurunan Jualan Diesel Malaysia


KPDN-SKDS-(1).jpgKPDN-SKDS-(2).jpg


Memetik laporan The Edge Malaysia, jualan runcit diesel  di seluruh negara dilaporkan berkurang hampir 8 juta liter sehari atau hampir 30% pada minggu pertama selepas pengumuman penyasaran subsidi iaitu daripada 10 hingga 17 Jun. 


Perkara tersebut didedahkan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, yang turut memberitahu bahawa jualan diesel di sempadan negara menunjukkan penurunan 40%, mengesahkan berlakunya aktiviti penyeludupan diesel sebelum ini.


Penyasaran Subsidi Mengurangkan Belanja Kerajaan


image.png


Dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, kerajaan dijangka dapat menjimatkan RM4 bilion setahun. Namun, sehingga RM10 bilion subsidi diesel masih ditanggung oleh kerajaan untuk pelbagai sektor termasuk Sabah dan Sarawak, pengangkutan awam dan subsidi kepada nelayan.

Sumber: The Edge MalaysiaMalaysia Kini

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC7298

SELANGOR

BSQ8606

JOHOR

JYY8209

PULAU PINANG

PSD1520

PERAK

APJ2690

PAHANG

CFG7951

KEDAH

KGG5423

NEGERI SEMBILAN

NEK6708

KOTA KINABALU

SJS4392

KUCHING

QAB152P

Terakhir Kemas Kini 22 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

14-06-2024
Berita Auto

10-01-2024
Gaya Hidup

13-12-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa

inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.

19-06-2026
Berita Auto

CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun

Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.

19-06-2026
Berita Auto

Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu

Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.

19-06-2026
Berita Auto

Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ

Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.

19-06-2026
Berita Auto

Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing

Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.

18-06-2026
Berita Auto

Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!

Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.

18-06-2026
Berita Auto

Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ

Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.

18-06-2026
Berita Auto

Harga Minyak Mingguan: Diesel Turun

Harga runcit diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026.

18-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.