SmartCare: Tawar Perkhidmatan Selepas Jualan

smart Malaysia melancarkan program perkhidmatan selepas jualan, smartCare yang direka untuk memastikan kebolehgunaan semua kenderaan smart.
Program ini merangkumi pelbagai perkhidmatan dan ciri produk yang bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pemilikan kenderaan premium.
Untuk itu, smartCare memperkenalkan lapan ciri penting iaitu:
1. Pengalaman Digital yang terbaik
2. Pengurusan Bateri serta Perkhidmatan Selepas Jualan iaitu Pemantauan Bateri Bervoltan Tinggi (HV) secara langsung,
3. Perkhidmatan Digital Selepas Jualan melalui Aplikasi Hello smart
4. Pembaikan Bateri HV Tempatan
5. Rakan Gudang & Logistik
6. Kemudahan Outlet Servis dengan Bilik penyimpanan Bateri HV
7. Pengecas EV di seluruh Pengedar smart,
8. Juruteknik yang berkelayakan dan kemudahan baik pulih badan dan cat kenderaan (Body & Paint).
Pendek kata, anda tidak perlu bimbang jika mahu membeli jenama smart kerana dari hujung rambut hingga kaki, kenderaan anda dijaga dengan sebaik mungkin.
Apatah lagi, apabila ia membabitkan penggunaan bateri.

Menurut PRO-NET, menerusi program smartCare, pihak syarikat menawarkan Pemantauan Bateri Bervoltan Tinggi secara langsung.
Ciri keselamatan ini direka khas untuk menawarkan solusi pencegahan bagi isu yang berpotensi berlaku melalui pemantauan kesihatan bateri secara langsung di dalam kenderaan smart.
Sistem ini membolehkan kereta menghantar notifikasi terus ke smart Central, bagi memastikan tindakan dapat diambil dengan segera dalam mengekalkan prestasi.
Selain itu, smart Malaysia juga telah menjalinkan kerjasama dengan penyelia gudang dan logistik yang dipercayai untuk memastikan alat ganti kenderaan yang tersedia dapat diuruskan dengan efisien.
Lebih daripada 3,000 SKU dan 10,000 alat ganti berada di dalam unit penyimpanan stok.
Kerjasama ini dikatakan dapat mengurangkan masa menunggu dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan bagi pemilik smart yang memerlukan pembaikan kereta dengan segera.

smart Malaysia juga telah memperkenalkan kemudahan baik pulih badan dan cat kenderaan yang terletak di smart Ipoh, smart KL B& P, dan smart Pulau Pinang.
Kesemua kemudahan mampu mengendalikan pelbagai perkhidmatan seperti tuntutan insurans, penggantian cermin hadapan, perkhidmatan cat dan pembaikan kenderaan.

Difahamkan, kesemua 10 pengedar smart di seluruh negara dilengkapi dengan pengecas EV, menawarkan akses yang mudah kepada kemudahan pengecasan AC dan DC kepada semua pemilik EV.
Sehubungan itu, smart Malaysia akan menganjurkan Program Hari Pelanggan smartCare dan menjemput semua pemilik kereta smart untuk menyertai sesi informatif itu.
Program itu akan diadakan di smart Ipoh dan smart Alor Setar pada 22 Jun ini.
Untuk keterangan lanjut, KLIK.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQG6213
SELANGOR
BSL4325
JOHOR
JYP2581
PULAU PINANG
PRX3305
PERAK
APD8349
PAHANG
CFE6524
KEDAH
KGD6806
NEGERI SEMBILAN
NEJ1915
KOTA KINABALU
SJP6217
KUCHING
QAB9553M
Terakhir Kemas Kini 02 Jan, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.56
RON 97
RM 3.16
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.94
EURO 5 B7
RM 3.14
Terakhir Kemas Kini 01 Jan, 2026
Berita Terkini
Skuter Elektrik Marhaen, EZI TS-1 Semurah RM4,288 - Jarak Gerak 100KM
Skuter elektrik EZI TS-1 dijual semurah RM4,288.
01-01-2026
Sistem JPJ Alami Isu Teknikal Di Saat Akhir Cukai Jalan EV Percuma
Di saat-saat akhir 'cuti' cukai jalan (LKM) terhadap kenderaan elektrik (EV) bakal berakhir, kemunculan isu teknikal telah mencetuskan ‘huru-hara’.
31-12-2025
Kembar e.MAS 5, Geely EX2 Dilancarkan Di Indonesia – Jauh Lebih Murah?
Selepas mendarat di Thailand, SUV elektrik kompak Geely EX2 baru-baru ini secara rasmi telah ‘menyerang’ pasaran Indonesia.
29-12-2025
Kes Dua EV Terbakar Serentak Bukan Berpunca Daripada Pengecas – Bomba
Isu keselamatan kenderaan elektrik (EV) kembali menjadi bualan hangat susulan insiden kebakaran membabitkan dua buah EV di sebuah kediaman, baru-baru ini.
29-12-2025
Lexus Perkenalkan RZ600e F Sport Di Jepun – EV 'Menakutkan' Di Litar
Lexus nampaknya ingin membuktikan bahawa kenderaan elektrik (EV) juga mampu menyerlahkan aura ‘menggerunkan’ di litar perlumbaan.
26-12-2025
Nissan Ariya Elektrik Didedahkan Tetapi Bukan Di Malaysia Sebaliknya Di Jepun
Nissan Ariya EV versi facelift membuat penampilan rasminya di Jepun, baru-baru ini.
24-12-2025
Butiran Mona M03 Didedahkan, Jarak Gerak - 640KM
Mona M03 yang masih belum dilancarkan dikatakan akan menerima beberapa perubahan kecil.
24-12-2025
Cukai Jalan EV 2026 Lebih Murah Dari Kereta Petrol? Ini Kupasannya...
Tinggal kira-kira seminggu sahaja lagi sebelum tempoh pengecualian cukai jalan kenderaan elektrik (EV) berakhir. Menjelang 1 Januari 2026, ramai pemilik mula rasa 'seram sejuk' memikirkan kos yang perlu ditanggung.
23-12-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat