"Tak Boleh Beli RON95 Berulang Di Semua Stesen Minyak Kelantan" – KPDN

Kini pengguna tidak lagi dibenarkan untuk membuat pembelian berulang bagi RON95 di mana-mana stesen minyak di Kelantan. Arahan ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk menghalang petrol bersubsidi itu diseleweng ke negara jiran.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Bahagian Penguatkuasa KPDN Putrajaya, Shamsul Nizam Khalil berkata, arahan ini dikeluarkan selepas terdapat pihak yang cuba menggunakan taktik pembelian berulang untuk mengumpulkan stok RON95 sebelum diseludup ke Thailand.
Taktik Sindiket
Anggota sindiket biasanya menggunakan kenderaan dengan nombor plat tempatan untuk melakukan pengisian penuh RON95.

"Sebagai contoh (dia isi) 60 liter yang mana kereta itu sepatutnya boleh melakukan sekali perjalanan antara 500 hingga 600 kilometer (km).
"Namun tidak pun sampai ke tahap perjalanan itu (500 hingga 600 km), dia sudah pun mengisi sekali lagi untuk pembelian penuh di mana kita syak minyak diisi itu akan cuba diselewengkan ke negara jiran," katanya.
Kerjasama Pengusaha Stesen Minyak
Pengusaha stesen minyak diminta bekerjasama bagi memastikan tiada kecurangan berlaku di premis mereka. Pengusaha boleh diambil tindakan jika membiarkan pembelian berulang berlaku, termasuk penggantungan lesen.
Hanya Untuk Stesen Minyak Di Sekitar Kelantan
Buat masa ini, arahan ini hanya membabitkan Kelantan di mana taktik pembelian berulang ini paling tinggi dikesan, namun akan diperluaskan ke negeri sempadan lain seperti Perlis, Kedah dan Perak.
-full.jpg)
"Kita sudah mengeluarkan arahan itu kepada semua stesen minyak di Kelantan, di mana taktik pembelian berulang RON95 ini paling tinggi dikesan di negeri itu," kata Shamsul Nizam ketika melakukan pemeriksaan Ops Kesan 2.0 di sekitar Arau.
Penguatkuasaan Dan Pemantauan
Langkah ini sudah dilaksanakan di Kelantan sebelum 10 Jun, dengan anggota KPDN ditempatkan di sekitar Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQs) dan stesen minyak.
"(Walaupun arahan belum dikeluarkan) langkah sama sudah dijalankan di negeri sempadan lain di mana anggota kita diletakkan di kawasan Kompleks ICQs serta stesen minyak kawasan sempadan secara statik untuk tujuan pemantauan," katanya.
Selain itu, pegawai KPDN ditempatkan di stesen minyak untuk tujuan pemantauan. Kamera litar tertutup (CCTV) juga digunakan untuk pemeriksaan semula bagi mengesan sebarang aktiviti penyelewengan.
Baca: Sebaik Harga Diesel Baharu Diumum, Permohonan Subsidi Meningkat 548%!
Baca: Tamat Subsidi Diesel: Jualan Kenderaan Tidak Terjejas?
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX3783
SELANGOR
BSU8465
JOHOR
JG9428J
PULAU PINANG
PSH2351
PERAK
APM7351
PAHANG
CFJ3445
KEDAH
KGJ7196
NEGERI SEMBILAN
NEM5120
KOTA KINABALU
SJV349
KUCHING
QAB9492P
Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge