Daihatsu Rocky Crossfield Tampil Ranggi, Inspirasi Ativa Versi Off-Road?

Perodua Ativa merupakan salah satu model yang agak laris di pasaran kita, SUV ini berjaya mencuri perhatian ramai dengan gaya badannya yang kompak dan harganya yang mampu milik. Namun, sehingga kini kita masih belum menerima versi istimewa yang lebih ranggi seperti yang ditawarkan pada model ‘kembarnya’ yang baru diperkenalkan dengan nama “Daihatsu Rocky Crossfield” semasa Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS).
Reka Bentuk yang Ranggi



Daihatsu Rocky Crossfield dibangunkan sebagai sebuah kereta konsep yang diberikan beberapa modifikasi dan kelengkapan off-road berbanding model standard. Antara yang menarik adalah pemasangan bampar plastik berwarna hitam pada bahagian depan dan belakang, lampu kabus kuning dan penutup gril depan yang bergaya.
Model yang bercat metalik Sand Beige ini menggunakan lengkungan roda berwarna hitam, diberikan decal ‘Rocky Crossfield’ pada sudut tepi, serta rak bumbung dengan jalur lampu LED. Gaya off-road SUV ini diserlahkan dengan penggunaan rim aloi hitam 16 inci dengan tayar all-terrain daripada Dunlop.
Kabin dengan Sentuhan Minimal

Menjengah ke ruang dalamnya, tidak banyak perubahan diberikan. Antara yang penting di bahagian kabin ini ialah skrin infotainmen berukuran 9 inci dan kemasan metalik Dray Gray.
Trenkuasa & Prestasi
Daihatsu Rocky Crossfield tidak diberikan sebarang perubahan dari segi prestasi dan trenkuasa. SUV kompak ini masih dikuasakan oleh enjin petrol 1.2 liter 3 silinder yang sama seperti model standard, menghasilkan 85 hp dan 105 Nm. Walaupun diberikan sentuhan rekaan off-road, Rocky Crossfield masih menggunakan sistem pacuan roda depan (FWD) dan transmisi CVT yang sama seperti model produksi.
Potensi Modifikasi

Tujuan Daihatsu memperkenalkan kereta konsep Rocky Crossfield adalah untuk menunjukkan potensi modifikasi SUV kecil ini, membuktikan bahawa kereta kecil seperti Rocky atau Ativa boleh diubah menjadi off-roader yang menarik. Selain Rocky Crossfield, model ‘seangkatan’ yang lain seperti Subaru juga telah telah mendedahkan kereta konsep off-road, Subaru Rex Boost Gear, semasa Tokyo Auto Salon (TAS) tahun lalu.
Baca: Perodua Ativa Masuk Perlumbaan Rali?
Ativa Versi Off-Road untuk Pasaran Malaysia
Sekiranya Perodua memutuskan untuk menawarkan Ativa dengan pakej reka bentuk off-road di samping aksesori GearUp yang sedia ada, kami yakin ia akan dapat menarik jiwa ramai rakyat Malaysia. Apa pendapat anda?
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7314
SELANGOR
BSU9301
JOHOR
JH1719J
PULAU PINANG
PSH2981
PERAK
APM7926
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7457
NEGERI SEMBILAN
NEM5426
KOTA KINABALU
SJV1073
KUCHING
QAB9646P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge