ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Harga Lexus RZ450e Cuma RM429,888, Ada 1 Varian

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas beberapa imej teaser didedahkan di dalam talian selain turut dipamerkan pada acara Toyota Beyond Zero, Lexus RZ450e kini akhirnya sudah berada di pasaran tempatan.

Varian tunggal Luxury yang bukan sahaja produk elektrik  pertama di jual oleh Lexus Malaysia   tetapi ia juga merupakan EV pertama di bawah kumpulan UMW Toyota Motor (UMWT).

image.pngimage.png

Menurut Lexus Malaysia, jentera itu sudah pun dibuka untuk tempahan untuk pasaran Malaysia.

Ia yang hadir dengan kemasan Luxury dijual pada harga RM429,888 namun harga itu tidak termasuk insurans.

Ia yang dibangunkan berdasarkan platform elektrik e-TNGA Toyota, RZ450e turut berkongsi bahagian mekanikal yang sama seperti SUV Toyota bZ4X EV yang masih belum dilancarkan. 

RZ 450e disumbat dengan dua motor berkembar AWD dimana kuasa keseluruhan yang digabungkan itu membolehkan ia menghamburkan kuasa setakat 308 hp (230kW) dan tork 435 Nm.

image.pngimage.png

Ia boleh memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 5.3 saat manakala kelajuan maksimum pula ialah 160 km/j.

Difahamkan, model RZ 450e ini disumbat dengan pek bateri lithium-ion 71.4 kWh, dimana ia menawarkan pergerakan sejauh  440 km mengikut kitaran WLTP.

Dari segi pengecasan, baterinya boleh dicas menggunakan pengecas DC hingga 150 kW menerusi sambungan CCS2, manakala tahap pengecasan 0-80% hanya mengambil masa dalam 30 minit.

image.png

Jika menggunakan pengecas AC berkapasiti hingga 11 kW, pengecasan penuh boleh dicapai dalam 6.5 jam.

Menjengah bahagian luarannya, ia lengkap dengan lampu depan LED yang agak tajam dengan lampu nyalaan siang berbentuk L.

Selain itu, ia juga didatangkan  garis bumbung sporty dengan spoiler belakang, ada bar lampu belakang LED lebar penuh, dan roda aloi bersaiz 20 inci.

Di dalam pula, ia  RZ450e Luxury dilengkapi dengan pelbagai ciri dan teknologi canggih seiring dengan namanya, Luxury.

image.pngimage.png

Sebagai permulaan, EV mewah kompak ini masih mengekalkan konsep Tazuna Lexus untuk susun atur pemuka hadapannya, yang kini menampilkan paparan infotainmen tengah 14-inci dan instrumen digital 7-inci yang lebih kecil.

Sementara itu, kabin RZ450e Luxury juga dihiasi dengan  upholsteri Ultrasuede mewah yang disiapkan dalam warna hitam untuk semua tempat duduk.

image.png

Tidak ketinggalan, kabinnya juga hadir dengan sistem pencahayaan ambien 64 warna yang membantu untuk menetapkan mood dalam SUV EV mewah ini.

Antara kelengkapan lain ialah kamera parallel view monitor (PVM) bersama 13 penderia parkirm paparan pemandu pelbagai-info lapan-inci dan sistem penghawa dingin Lexus Climate Concierge serta sistem Active Sound Control (ASC) yang menghasilkan bunyi pemanduan mengikut situasi pemanduan.

Untuk pasaran Malaysia, ia didatangkan dalam enam pilihan warnaL: Aether Metallic, Sonic Copper, Sonic Chrome, Graphite Black Glass Flake, Sonic Quartz dan Sonic Iridium.

image.png

Untuk harga tadi, para pembeli juga akan menerima waranti 5-tahun, perbatuan tanpa had, bersama waranti 8-tahun dan perbatuan tanpa had untuk bateri, yang boleh dilanjutkan dua tahun lagi sebagai pilihan untuk komponen kenderaan elektrik, termasuk bateri, inverter dan unit kawalan elektronik.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRL1175

SELANGOR

BSS7105

JOHOR

JC4074J

PULAU PINANG

PSE6749

PERAK

APK6452

PAHANG

CFH4487

KEDAH

KGH5341

NEGERI SEMBILAN

NEL4293

KOTA KINABALU

SJT5344

KUCHING

QAB4022P

Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

02-12-2025
Kereta Baru

28-11-2025
Kereta Baru

29-07-2025
Kereta Baru

22-07-2025
Berita Auto

14-08-2024
Kereta Baru

23-07-2024
Kereta Baru

10-07-2024
EV

02-07-2024

Berita Terkini

EV

Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia

Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.

12-08-2026
EV

Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada

2 Syarat Sebelum Jual EV Murah Di Malaysia — Elak Rakyat Terbeban!

10-08-2026
EV

Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501

Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.

06-08-2026
EV

Isu Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV, Ini Pula Komen BMW

BMW Group Malaysia menggesa agar cadangan kerajaan memperkenalkan levi (EV) bagi membiayai rangkaian pengecasan awam dibincangkan secara mendalam bersama pemain industri.

06-08-2026
EV

Kerajaan Pertimbang Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV Untuk Bina Pengecas Awam

Kerajaan sedang kaji untuk mengenakan satu caj ke atas jualan EV.

04-08-2026
EV

Tesla Destination Charger Mula Dikenakan Bayaran RM0.88/kWh

Masih Murah Berbanding Pasaran: Berapa Kos Sebenar Cas Tesla Sekarang?

28-07-2026
EV

Proton e.MAS Kukuh Takhta xEV No. 1, Jualan Tembus 20,000 Unit Dalam 7 Bulan

Proton e.MAS 5 'Tapau' Pasaran! Ini Sebab Kenapa 20,000 Rakyat Malaysia Beralih ke EV Proton.

28-07-2026
EV

Kecoh Harga Tesla Naik, Adakah Ditekan MITI Atau Sebab Lain?

Harga Tesla Naik Senyap-Senyap! Bukan Salah MITI, Ini Punca Sebenar Kenaikan

24-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.