Honda Raih Pencapaian Penting, Serah 2 Unit Honda Kepada Pelanggan

Honda Malaysia meraikan pencapaian penting apabila menyerahkan Honda Civic ke-170,000 dan Honda HR-V ke-150,000 dalam satu acara yang diadakan di Honda Botanic Auto Mall Sdn. Bhd, Klang, baru-baru ini.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura, mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kepercayaan para pelanggan yang berterusan terhadap jenama Honda.
“Model Honda terus meraih populariti dan permintaannya semakin meningkat, terima kasih kepada sokongan pelanggan kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk makluman, Civic, kini dalam generasi ke-11. Model itu telah menjadi peneraju segmen C bukan nasional selama lapan tahun berturut-turut sejak 2016.
Sementara itu, model HR-V, yang diperkenalkan sembilan tahun lalu, juga turut laris dan kini berada di senarai teratas jualan SUV segmen B tahun ini.
“Dengan reka bentuk yang luar biasa dan pilihan rangkaian kuasa termaju, kami percaya HR-V akan terus menjadi SUV kompak kegemaran rakyat Malaysia,” tambahnya.
Dalam majlis itu, Honda Civic ke-170,000, iaitu varian 2.0L e:HEV RS hibrid, dan HR-V ke-150,000(varian 1.5L e:HEV RS hibrid) telah diserahkan kepada dua pelanggannya, Lim Chin Hui dan Asha Waheda.
Malah, kedua-dua pemilik menerima hadiah eksklusif dan set Honda Genuine Accessories bernilai RM10,000.
Sedikit maklumat terkini mengenai Honda, jumlah jualan Honda Malaysia dikatakan melebihi 39,200 unit pada suku pertama tahun ini.
Ia menunjukkan peningkatan 16% berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Selain itu. HR-V muncul sebagai penyumbang utama, menyumbang 28% daripada jualan dalam Bukan -Segmen SUV Kompak Nasional.
Populariti teknologi e:HEV Honda juga membuatkan model hibrid seperti City, City Hatchback, Civic, HR-V dan CR-V menyumbang 13% kepada jualan Honda Malaysia pada suku pertama tahun ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX6739
SELANGOR
BSU9187
JOHOR
JH1538J
PULAU PINANG
PSH2904
PERAK
APM7874
PAHANG
CFJ3646
KEDAH
KGJ7448
NEGERI SEMBILAN
NEM5397
KOTA KINABALU
SJV1032
KUCHING
QAB9625P
Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge