ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Jenama EV Proton, e.MAS Diuruskan PRO-NET

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz_SN_-Proton-EV-Name-Launch-Event-20.jpg


Jenama EV Proton, e.MAS


Anak syarikat automotif kereta nasional PROTON, Proton New Energy Technology Sdn. Bhd. (PRO-NET) kini mengambil alih pengurusan jenama e.MAS. Selepas pelancaran rasmi jenama e.MAS pada 12 Jun 2024, PRO-NET diberi tanggungjawab penting untuk membangunkan dan memperkukuhkan pasaran jenama kenderaan elektrik (EV) ini.


PRO-NET akan merekrut pasukan berdedikasi, menubuhkan rangkaian pengedar yang kukuh dan menjalin kerjasama dengan syarikat penyedia pengecas EV untuk memastikan ekosistem EV yang lebih lengkap. Langkah ini bertujuan untuk memastikan pelancaran produk yang akan datang dapat diterima dengan baik oleh pasaran.


Baca: PRO-NET, ChargeSini Meterai MoU Untuk Perluas Rangkaian Pengecasan EV


image.png


Dengan memanfaatkan rangkaian kukuh, platform digital yang berkembang, serta kepakaran kakitangan dalam teknologi EV, PRO-NET bertekad untuk menjadikan e.MAS lebih berjaya daripada model jenama smart.


Dr-Li-Chunrong,-CEO-of-PROTON.jpeg


Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr. Li Chunrong, menyatakan keyakinannya terhadap PRO-NET. "Kepakaran PRO-NET yang dibangunkan sepanjang dua tahun lepas meletakkan kami pada kedudukan unik untuk mengangkat jenama Proton e.MAS ke barisan hadapan industri EV di Malaysia. Bakal pelanggan akan mendapat manfaat daripada rangkaian perkhidmatan yang menyeluruh dan pengalaman pemilikan premium," katanya.


Peraduan Teka Jenama Baharu


Proton-e.MAS-Brand-Name-Contest-Winner.jpg


Keterujaan terhadap jenama e.MAS jelas apabila lebih 25,000 peserta menyertai peraduan meneka jenama baru tersebut. Pemenang pertandingan ini diumumkan oleh PRO-NET:


- Hadiah Utama RM5,000: Puteri Hanna Batrisha binti Ibrahim

- Hadiah Naib Johan RM1,500: Noor Hidayah Binti Mohd Rodzi

- Hadiah Ketiga RM1,000: Ahmad Norrizzuan Bin Noor Azhar


Akaun Media Sosial Rasmi e.MAS



PRO-NET juga mengumumkan bahawa akaun media sosial rasmi Proton e.MAS kini aktif di bawah nama Proton e.MAS Cars untuk Facebook dan @protonemasofficial untuk Instagram dan TikTok.




Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN9254

SELANGOR

BST4679

JOHOR

JD6417J

PULAU PINANG

PSF3432

PERAK

APL2657

PAHANG

CFH6326

KEDAH

KGH8755

NEGERI SEMBILAN

NEL7031

KOTA KINABALU

SJT9124

KUCHING

QAB5213P

Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

12-08-2026
EV

30-06-2026
Berita Auto

26-05-2026
EV

22-05-2026
EV

10-03-2026
Berita Auto

05-03-2026
Pandu Uji

02-03-2026
Kereta Baru

04-02-2026

Berita Terkini

EV

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026
EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.