Padah Pecut Lepas Langgar Rider, Kereta Masuk Takungan Najis

Dari satu musibah ke satu musibah. Seorang pemandu kereta Honda City yang ketakutan selepas melanggar motosikal penghantar makanan memecut lari meninggalkan lokasi kemalangan sebelum terbabas ke dalam takungan najis. Kejadian itu berlaku di Jalan Sepuluh berhampiran stesen minyak di Taman Seri Wang, Sungai Petani.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail, menyatakan bahawa kejadian tersebut berlaku sekitar jam 4.25 petang, melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta. Insiden ini juga telah tular di media sosial selepas dikongsikan oleh orang awam.

Berdasarkan siasatan awal, kereta Honda City yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 23 tahun sedang bergerak di laluan lurus yang sama dengan penunggang motosikal tersebut. Apabila tiba di lokasi kemalangan, pemandu kereta itu dipercayai terlepas simpang dan membelok ke kiri, lalu melanggar penunggang motosikal Honda C100 yang berada di sebelah kiri jalan.
"Pemandu kereta itu meninggalkan lokasi kemalangan kerana ketakutan namun kemudiannya terbabas ke dalam kawasan takungan najis lebih kurang 100 meter dari lokasi kejadian kemalangan pertama," kata Wan Azharuddin.
Video kejadian yang dirakamkan orang ramai:
Penghantar makanan berusia 19 tahun itu cedera di dahi, pipi, serta calar pada tangan dan kaki. Pemandu kereta pula mengalami cedera di dahi dan belakang badan.
“Kemalangan dipercayai berpunca akibat kecuaian pemandu kereta itu kerana hilang kawalan dan melanggar penunggang motosikal. Kenderaan itu ditahan untuk pemeriksaan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," tambahnya.
Sumber: BH
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7915
SELANGOR
BSU9386
JOHOR
JH1934J
PULAU PINANG
PSH3136
PERAK
APM8043
PAHANG
CFJ3720
KEDAH
KGJ7510
NEGERI SEMBILAN
NEM5464
KOTA KINABALU
SJV1134
KUCHING
QAB9667P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kes Langgar Lari, 'Tolong Kesan Pemandu Langgar Adik Saya," - Abang Mangsa
Seorang abang merayu orang ramai yang mempunyai rakaman papan pemuka atau kamera litar tertutup (CCTV) membantu mengesan kenderaan yang dipercayai melanggar adiknya sehingga maut dalam satu kemalangan di Kampung Teluk Panji, Kota Bahru semalam.
17-07-2025
Kes Langgar Lari: Mujur Tiada Yang Terkorban
Polis telah menahan lima suspek kejadian berkenaan.
31-01-2025
Pemandu Terbabit Kes Langgar Lari Yang Membunuh Pegawai Imigresen Diberkas
Pemandu terbabit dalam kes langgar lari yang membunuh seorang pegawai imigresen telah berjaya diberkas.
07-09-2022
Pemandu Wira Ini Sedang Dicari, Kes Langgar Lari, Seorang Maut
Pemandu Proton Wira Aeroback ini sedang dikesan pihak polis.
05-09-2022
Berapa Harga Honda City Hatchback Baru
Honda City Hatchback Baharu Mula RM95,900 – Ada Diskaun RM4k.
19-10-2026
Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat
Honda City E: Brek Drum Tak Salah, Tapi Kenapa Pembeli Rasa Terpedaya?
14-10-2026
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge