Permohonan VEP Melonjak Lebih 20,000, Pembatalan Dalam Talian Dibolehkan

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan penambahbaikan sistem Permit Kemasukan Kenderaan Motor Asing (VEP).
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menyatakan bahawa pembatalan pendaftaran VEP kini boleh dilakukan secara dalam talian, termasuk untuk kenderaan yang telah bertukar milik.
Pembaharuan VEP Tanpa Menunggu Tamat Tempoh
-full_normal.jpg)
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke
VEP yang tamat tempoh selepas lima tahun akan dibatalkan secara automatik. Pembaharuan VEP boleh dibuat secara dalam talian tanpa perlu menunggu tag VEP sedia ada tamat tempoh. Notifikasi akan dihantar kepada pemilik kenderaan dalam tempoh 60, 30 dan 10 hari sebelum tamat tempoh VEP.
Fungsi baharu ini telah dilaksanakan dalam portal VEP bermula 28 Jun 2024 lalu bertujuan untuk mengurangkan keperluan berurusan melalui emel atau di kaunter.
Lonjakan Permohonan VEP
Dari 28 Mei hingga 29 Jun, permohonan VEP meningkat kepada 23,649 berbanding 15,424 permohonan sepanjang tahun lepas. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 6,120 tag VEP telah dikeluarkan dan 1,080 tag VEP telah diaktifkan.




Pemilik kenderaan diingatkan untuk mengaktifkan tag VEP masing-masing dengan memuat naik foto nombor pendaftaran kenderaan bersama tag VEP di https://vepams.jpj.gov.my selepas menerimanya. Tag VEP tidak sah jika tidak diaktifkan.
Tambah Kakitangan dan Tempat Kutipan VEP

Untuk membantu mempercepatkan lagi proses, MOT turut telah menambah kakitangan untuk menjawab sebarang pertanyaan melalui emel daripada lima kepada 15 orang dan menambah kakitangan Pusat Kutipan VEP daripada tujuh kepada 12 orang.
Penguatkuasaan VEP

Penguatkuasaan VEP di sempadan darat Malaysia-Singapura akan dimulakan pada 1 Oktober 2024. Pemilik kenderaan asing yang tidak mematuhi peraturan akan dikenakan tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 66H (7) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), yang membabitkan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.
Baca: Bayar Saman Dulu Sebelum Keluar M'sia
Sistem Pembayaran Tol Terbuka (OPS)
Dalam perkembangan lain, Loke turut mengumumkan bahawa Sistem Pembayaran Tol Terbuka (OPS) yang membolehkan penggunaan kad kredit dan debit sebagai pilihan tambahan kepada Touch 'n Go untuk pembayaran Road Charge (RC) bakal dimulakan pada 1 Ogos 2024. Pengguna boleh muat turun aplikasi MDGS melalui Google Play Store atau Apple App Store untuk memahami fungsi aplikasi tersebut.
Sumber: Bernama
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7314
SELANGOR
BSU9301
JOHOR
JH1719J
PULAU PINANG
PSH2981
PERAK
APM7926
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7457
NEGERI SEMBILAN
NEM5426
KOTA KINABALU
SJV1073
KUCHING
QAB9646P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan
Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.
23-09-2026
Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan
Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.
23-09-2026
Tukar Hak Milik Kereta Persendirian: 8 Pusat Pemeriksaan Carro Mula Beroperasi Bulan Depan
Carro dilantik laksana pemeriksaan tukar hak milik kenderaan persendirian. - MOT.
26-05-2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge