ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Polis Sudah Kenal Pasti Keluarga Budak 13 Tahun Bawa Adik, Naik Viva

Suhana Veru

Kongsi melalui

.image.png

Tular satu klip video yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki memandu sebuah kereta Perodua Viva di sebuah taman perumahan di Sepang, Selangor.

Menerusi klip video itu, kanak-kanak berkenaan yang dikatakan berusia 13 tahun dilihat selamba memandu bersama dua adik-beradiknya yang masih kecil.

Dalam rakaman awal itu, kereta dipandu remaja itu agak laju ketika melalui bonggol di hadapan sebuah rumah sebelum ditahan seorang wanita agar memberhentikan kenderaan itu.

Malah, kanak-kanak itu dilihat mahir dalam mengendalikan kenderaan, seolah-olah sudah terbiasa memandu kereta. Dalam pada itu, seorang wanita dilihat berjaya menghentikan kenderaan itu dan turut menegur kanak-kanak berkenaan sebelum melaporkan kejadian tersebut di balai berdekatan.

Apa yang menjadi persoalan, dimanakah ibu bapa kanak-kanak  itu di saat dia membawa keluar dua adiknya dengan memandu kereta.

Mujur, kesemua kesemuanya selamat dan tidak terlibat dalam kemalangan.

image.png

Susulan itu,  Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, ibu bapa kanak-kanak terbabit akan dipanggil untuk siasatan serta tindakan lanjut.

Sehubungan itu, beliau turut menasihati ibu bapa agar lebih peka dan tidak sewenang-sewenangnya membiarkan anak-anak mereka memandu kenderaan tanpa lesen.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM4521

SELANGOR

BST1942

JOHOR

JD416J

PULAU PINANG

PSF463

PERAK

APK9244

PAHANG

CFH5323

KEDAH

KGH7059

NEGERI SEMBILAN

NEL5570

KOTA KINABALU

SJT6684

KUCHING

QAB4453P

Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

07-08-2024
Berita Auto

15-08-2023

Berita Terkini

Berita Auto

MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal

Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.

25-08-2026
Berita Auto

Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti

Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.

25-08-2026
Berita Auto

Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora

WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.

25-08-2026
Berita Auto

Tutup Linkedua Demi Lumba Haram: Influencer Antara Kena Angkut

Influencer Permotoran Antara 8 Direman Kes Linkedua.

24-08-2026
Berita Auto

Aliran Trafik Ke Pantai Timur Mula Sesak Malam Ini

Cuti Panjang Bermula! Aliran Trafik Ke Pantai Timur Mula Sesak Malam Ini.

23-08-2026
Berita Auto

Ini Dah Melampau, Mat Rempit Tutup Lebuhraya

Pelesit Jalanan 'Kuasai' Linkedua: Lebuhraya Linkedua Ditutup Demi Lumba Haram.

23-08-2026
Berita Auto

Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu

Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.

21-08-2026
Berita Auto

Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya

Geng basikal dinasihatkan berhati-hati mengayuh basikal di jalan besar.

21-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.