ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ramai Pengusaha Kereta Sewa Tiada Permit Di Langkawi, Ini Akibat Kalau Anda Sewa... – JPJ

Sofea Najmi

Kongsi melalui

JPJ-Saman-16k-(T).jpeg


JPJ mengingatkan orang ramai agar tidak mendapatkan perkhidmatan sewa kereta daripada pihak tidak berlesen kerana boleh mendatangkan risiko besar. (Gambar hiasan)


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menggunakan perkhidmatan kenderaan sewa yang tidak berlesen atau tidak mempunyai permit, terutama di Langkawi yang kini menjadi antara kawasan operasi terbesar perkhidmatan haram tersebut. 


Tiada Perlindungan Insurans


Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli, menekankan bahawa menggunakan kenderaan sewa tanpa lesen boleh mendatangkan risiko besar kerana pengguna tidak dilindungi insurans jika terlibat dalam sebarang insiden jalan raya.


"Kenderaan tanpa permit ini tidak dilindungi dengan insurans untuk pengguna. Jadi sekiranya berlaku apa-apa kemalangan, insurans tak boleh tanggung, itu risiko yang paling besar jika guna kenderaan tanpa permit,” kata beliau.


Ketidakadilan Terhadap Pemilik Kenderaan Berlesen


KUTIPAN-JPJ-2022.png


JPJ akan terus memantau dan melaksanakan operasi berkala untuk mengesan aktiviti haram ini (Gambar hiasan)


Aedy Fadly turut menyatakan bahawa tindakan menggunakan kenderaan sewa tanpa lesen adalah tidak adil kepada pemilik kenderaan yang telah melalui saluran betul untuk mendapatkan lesen atau permit.


"Kita tahu Langkawi memang dah biasa dengan kenderaan sewa...kita terpaksa ambil tindakan kerana adalah tidak adil bagi pemilik kenderaan yang menggunakan saluran betul mendapatkan lesen atau permit," tambah beliau.


Pemantauan & Operasi Berkala JPJ


JPJ akan terus memantau dan melaksanakan operasi berkala untuk membanteras kegiatan ini. Aedy Fadly menjelaskan bahawa tindakan operasi di Langkawi diambil berdasarkan aduan daripada persatuan teksi yang mempunyai permit.


"Saya nak maklumkan kenapa kita buat operasi di Langkawi, itu disebabkan aduan sendiri daripada persatuan-persatuan teksi yang mempunyai permit. Jadi bila ada aduan kita ambil tindakan, kita tak sewenang-wenangnya melulu membuat operasi tanpa kita mendapat aduan," katanya.


Sumber: BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX7314

SELANGOR

BSU9301

JOHOR

JH1719J

PULAU PINANG

PSH2981

PERAK

APM7926

PAHANG

CFJ3684

KEDAH

KGJ7457

NEGERI SEMBILAN

NEM5426

KOTA KINABALU

SJV1073

KUCHING

QAB9646P

Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

30-10-2026
Berita Auto

28-10-2026
Berita Auto

23-10-2026
Berita Auto

22-10-2026
Berita Auto

07-10-2026
Berita Auto

06-10-2026
Berita Auto

06-10-2026
Berita Auto

02-10-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%

Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.

06-11-2026
Berita Auto

Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji

Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.

06-11-2026
Berita Auto

Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari

Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.

06-11-2026
Berita Auto

Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery

Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.

06-11-2026
Berita Auto

Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang

Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.

05-11-2026
Berita Auto

Puncak Alam Pula Dinaiki Air

Tiada Kesudahan Banjir Kilat Di Selangor.

05-11-2026
Berita Auto

Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi

Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.

05-11-2026
Berita Auto

Isu Stesen LRT Sesak

LRT Semakin Sesak, Sampai Bila Perlu Berhimpit?

05-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.