Volvo EX90 Bakal Tiba Di Tangan Pengguna Tanpa Beberapa Teknologi Penting

SUV elektrik terbaru Volvo, EX90, dilaporkan akan tiba tanpa beberapa teknologi penting. Pelanggan di seluruh dunia yang bakal menerima SUV ini telah dimaklumkan tentang ketiadaan ciri-ciri ini.
Isu Perisian

EX90 yang dihasilkan di kilangnya di Charleston, Carolina Selatan, Amerika Syarikat, berdepan dengan isu perisian yang berterusan.
Namun begitu, CEO Volvo, Jim Rowan mengatakan bahawa walaupun terdapat isu perisian yang berterusan dan keperluan untuk mengemas kini perisian kereta dari masa ke masa, mereka tidak menjangka isu-isu ini akan menyebabkan penurunan yang ketara dalam jumlah pra-tempahan atau pra-pesanan untuk EX90.
Ciri Yang ‘Hilang’

Volvo telah menyenaraikan ciri-ciri yang tidak akan tersedia pada kumpulan penghantaran awal ini. Antaranya ialah sistem lidar EX90 serta dua program dalam sistem bantuan pemandu canggih (ADAS) yang meningkatkan keselamatan di persimpangan.

Ciri lain yang tidak tersedia buat masa ini adalah kemampuan EX90 untuk memindahkan tenaga lebihan dari kenderaan kepada rumah. Seterusnya, ketiadaan ciri yang membolehkan sistem teras kereta terus berfungsi walaupun kereta sedang diparkir, kerana fungsi ini menyebabkan penurunan tenaga bateri sebanyak 3% setiap 24 jam.
Di samping itu, SUV elektrik ini juga tidak akan mempunyai keupayaan untuk mengakses iPhone melalui arahan suara Siri. Bagaimanapun, Volvo memaklumkan semua ciri ini akan diaktifkan kemudian melalui kemas kini perisian over-the-air (OTA) pada masa akan datang.
Jim Rowan berharap agar pelanggan yang melabur dalam produk teknologi canggih seperti EX90 dapat memahami situasi yang dihadapi.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT3770
SELANGOR
BSU3240
JOHOR
JF4631J
PULAU PINANG
PSG2798
PERAK
APM1159
PAHANG
CFH9721
KEDAH
KGJ4063
NEGERI SEMBILAN
NEM2338
KOTA KINABALU
SJU4821
KUCHING
QAB7352P
Terakhir Kemas Kini 08 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge