Wanita Nyaris Maut Dihempap Kayu Balak dari Lori Terbalik di Lampu Isyarat


Seorang wanita nyaris maut apabila motosikal yang ditunggangnya ditimpa kayu balak besar yang jatuh daripada sebuah lori.
Video tragedi yang berlaku di Gua Musang, Kelantan itu kini tular di media sosial yang menunjukkan seorang wanita sedang menunggu di persimpangan lampu isyarat, tidak lama kemudian beberapa batang kayu balak besar jatuh merempuhnya.
Kayu balak tersebut menyebabkan wanita itu terseret dan tersepit di bawah tayar kenderaan pacuan empat roda di sebelahnya. Kaki mangsa masih dilihat bergerak di dalam video tersebut. Video kejadian:
Orang ramai segera membantu mangsa yang dikenali sebagai Norelyana Kamaruzan, 21, yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya. Tunangnya, Nik Amnan Arif Nik Anuwar, 22, bergegas ke Hospital Gua Musang setelah menerima panggilan mengenai kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, mengesahkan kejadian yang berlaku pada jam 11.23 pagi.
Menurut beliau, kemalangan tersebut terjadi semasa lori balak tersebut sedang mengambil selekoh.
"Pemandu lori balak dan kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan, dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak cermat hingga menyebabkan kemalangan," katanya.
Sumber: Bernama
Baca: Maut Kemalangan Motosikal TINGGI Tahun 2023 – 8 Kesalahan Ini Sering Dilakukan Penunggang
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSA4167
SELANGOR
BSV2754
JOHOR
JH7325J
PULAU PINANG
PSH5271
PERAK
APN1957
PAHANG
CFJ4584
KEDAH
KGJ9031
NEGERI SEMBILAN
NEM6501
KOTA KINABALU
SJV2872
KUCHING
QAB642Q
Terakhir Kemas Kini 20 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kes Pertama Seksyen 42A: 3 Remaja 'Wheelie' Ditahan JPJ
3 remaja bakal jadi kes pertama didakwa ikut Seksyen 42A di Kelantan.
20-11-2026
Prestasi Jualan Kereta Oktober: Cecah 70,519 Unit
Jualan Kenderaan Oktober 2026 Meningkat 1.3%, Pikap Catat Rekod.
20-11-2026
Proton X90 Laku Keras, Ini Punca Ramai Beli
Proton X90 2026 Adalah SUV Segmen D No.1 Malaysia.
20-11-2026
Bila Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka?
Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka Bermula 18 Nov-1 Disember 2026
18-11-2026
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Tumbang
Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang di Selayang.
18-11-2026
Lebuhraya LIKE: Jalan Duta- Sungai Besi Bakal Dibina
Selepas Lama Menyepi, Ini Langkah Besar Lim Kang Hoo.
18-11-2026
Feytech Berganding Dengan 2 Syarikat China Hasilkan Sistem Brek, Stereng Chery
Sistem brek dan stereng Chery kini diusahakan secara lokal.
18-11-2026
Bapa Tinggalkan Anak Di Tepi Plaza Tol Nilai
Jurutera warga China yang sebelum ini tular selepas meninggalkan anaknya berhampiran Plaza Tol Nilai.
18-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge