Bayar Deposit RM500, Dah Boleh Tempah X70 Baharu

Ada berita baik bagi yang sedang menantikan kehadiran Proton X70 di pasaran. Ini kerana pengeluar kereta nasional, PROTON, baru sahaja mengesahkan bahawa tempahan pra-pelancaran untuk PROTON X70 2025 sudah pun dibuka, sebentar tadi.
Proton berkata, versi terkini yang dipertingkatkan bagi SUV pertama PROTON ini menampilkan bahagian luar yang diperbaharui dengan ketara.
Selain prestasi yang lebih baik, model terbaharu itu dikatakan lebih menarik secara estetik dan memberikan pengalaman pemanduan yang lebih memuaskan.

“Hampir enam tahun selepas Sistem Bantuan Pemandu Canggih (ADAS) diperkenalkan untuk SUV segmen C premium, PROTON X70 2025 kini dilengkapi dengan sistem ADAS tahap 2 yang dipertingkatkan untuk keselamatan dan kemudahan yang lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut kenyataan itu, ciri penting lain adalah unit Infotainmen Head bersaiz 12.3” yang disertakan bersama sistem ketersambungan Android Auto dan Apple Carplay.

“Aplikasi PROTON Link juga menerima fungsi tambahan untuk menghidupkan enjin dan menyejukkan kenderaan dari jarak jauh. Bahagian dalaman kabin telah dikemas kini dengan tempat duduk kulit Nappa berwarna kelabu dan lampu suasana berirama yang pelbagai warna,” katanya.
Bagaimanapun, maklumat tambahan akan didedahkan semasa pelancaran rasmi tidak lama lagi.

Sama seperti PROTON X50 2024, PROTON X70 2025 akan menawarkan harga dan pakej istimewa untuk pelanggan awal sebagai tanda penghargaan atas kepercayaan dan sokongan.
Bagi pelanggan yang berminat, anda boleh menghubungi penasihat jualan PROTON atau mengunjungi bilik pameran 3S dan 4S PROTON untuk membuat tempahan dengan bayaran deposit RM500.
Tempoh tempahan terbuka sehingga makluman lanjut.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT2691
SELANGOR
BSU3026
JOHOR
JF4271J
PULAU PINANG
PSG2477
PERAK
APM592
PAHANG
CFH9587
KEDAH
KGJ3928
NEGERI SEMBILAN
NEM2198
KOTA KINABALU
SJU4663
KUCHING
QAB7304P
Terakhir Kemas Kini 07 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Valtteri Bottas Basikal 300km Dari Sepang Ke Singapura Selepas F1
Bottas tular di media sosial gara-gara redah jalan sempit di ladang kelapa sawit di Sepang, baru-baru ini.
07-10-2026
Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan Kepada Mangsa?
Kerajaan bersetuju memasukkan mekanisme pampasan atau ganti rugi kepada mangsa atau waris kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk.
07-10-2026
Kebakaran JBCC: 10 Kereta Musnah Terbakar
10 Kereta Terbakar di Parking JBCC, Ada Pengunjung Sesak Nafas.
07-10-2026
Isu Sewa Motosikal Warga Asing: JPJ Ambil Tindakan Tegas
Rakyat Kelantan, Terengganu Sewakan Motosikal Kepada Warga Asing.
06-10-2026
Air Campur Petrol: KPDN Kedah Siasat 11 Stesen Minyak
Dakwaan Petrol Bercampur Air Viral: KPDN Jalankan Pemeriksaan.
06-10-2026
Anda Boleh Lega: Lebih Banyak Ciri MyJPJ Mulai Bulan Depan
Ciri Baru MyJPJ Bulan Depan: Tiada Lagi Orang Tengah?
06-10-2026
Ini Dia Pelukis Bendera Gergasi Di Litar Sepang
Inilah Pelukis Bendera Gergasi F1 Sepang Yang Ramai Tak Tahu.
06-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge