ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bocor Secara Tidak Sengaja? Xpeng G6 Bakal Dilancar Hujung Ogos, Dari RM175K?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

xpeng-g6.jpg


Pihak Bermaz Auto (BAuto) dan rakan niaganya semalam secara “tidak sengaja” atau mungkin “sengaja” mendedahkan butiran penting bagi model daripada jenama baharu dalam portfolio mereka yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, Xpeng G6. 


Info mengenai harga tentatif crossover elektrik premium terbaru itu telah didedahkan melalui satu hantaran yang dibuat di dalam kumpulan Facebook Malaysian Electric Vehicle Owners Club (MYEVOC). 


Xpeng-G6-price-leak-screenshot.jpg


Tangkap layar perbualan WhatsApp yang menunjukkan harga tentatif dan jangkaan masa pelancaran Xpeng G6. (Sumber: Kumpulan Facebook MYEVOC)


Dalam satu hantaran tersebut, pengguna  yang bernama Xen Xen telah mendedahkan tangkap layar perbualan WhatsApp yang dipercayai dihantar oleh seorang perunding jualan Bermaz Xpeng. 


Perbualan tersebut mungkin berlaku antara pelanggan yang telah mendaftarkan minat awal mereka secara dalam talian. Melalui tangkap layar ini, kita kini mempunyai angka harga tentatif untuk Xpeng G6 menjelang pelancarannya, walaupun ‘tidak rasmi’.


Dua Varian: 435 Standard dan 570 Long Range


XPeng-G6-EVSUV-5.JPGXPeng-G6-EVSUV-13.JPGXPeng-G6-EVSUV-10.JPG


Seperti yang dilaporkan sebelum ini, sama seperti yang dibocorkan, Xpeng G6 dijangka tiba di pasaran tempatan dalam dua varian iaitu 435 Standard dan 570 Long Range. 


Harga tentatif yang didedahkan untuk kedua-dua varian ini masing-masing bermula daripada RM175,000 dan RM195,000. Tangkap layar tersebut juga menunjukkan pelancaran rasmi dirancang pada penghujung bulan ini (Ogos). 


Pesaing Dalam Pasaran EV Premium


Xpeng-G6-Spyshot-Malaysia-DarylTanFB.jpg


'Penampakan' terbaru Xpeng G6 di Malaysia, petanda pelancarannya semakin hampir. (Sumber: Facebook)


Harga tentatif ini menjadikan Xpeng G6 sebagai alternatif yang lebih mampu milik berbanding Tesla Model Y. Untuk makluman, Model Y dijual di pasaran kita dengan harga bermula daripada RM191,000 untuk varian asas RWD dengan jarak EV 455 km, hingga RM238,000 untuk varian Long Range AWD yang mempunyai jarak EV 533 km.


Harga ini juga meletakkan G6 sebagai pesaing kepada smart #3 yang baru dilancarkan. Model yang dimiliki oleh Geely ini ditawarkan daripada harga RM175,000 untuk varian Pro RWD dengan jarak EV 325 km, hingga RM255,000 untuk varian Brabus AWD dengan jarak EV 415 km. 


Menanti Pengesahan Rasmi


Sekali lagi, kami ingin mengingatkan bahawa angka harga tentatif yang dibocorkan ini belum disahkan secara rasmi, dan BAuto masih belum membuat sebarang pengumuman. Maklumat terbaru akan kami kongsikan sebaik info rasmi dikeluarkan yang dijangka tidak lama lagi memandangkan Xpeng G6 berkemungkinan dilancarkan dalam bulan ini.


Xpeng-G6-EV-Singapore.jpg


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS9140

SELANGOR

BSU2543

JOHOR

JF3245J

PULAU PINANG

PSG1724

PERAK

APL9464

PAHANG

CFH9373

KEDAH

KGJ3585

NEGERI SEMBILAN

NEM1958

KOTA KINABALU

SJU4372

KUCHING

QAB7145P

Terakhir Kemas Kini 03 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

21-01-2026
Kereta Baru

01-10-2025
Kereta Baru
Global
Berita Auto
Pandu Uji

12-05-2024
EV

05-02-2026
Kereta Baru

12-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Beli Tayar Continental Di In-Store Marketplace

Continental Tyres Malaysia mengubah landskap pembelian dan penjualan tayar menerusi Konsep Ekosistem InStore Marketplace.

02-10-2026
Berita Auto

Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"

Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.

02-10-2026
Berita Auto

Nasi Lemak RM35 Di Sepang: Harga Makanan F1 Cetus Bualan Hangat

F1 Sepang: Isu Harga Makanan RM35 Jadi Tumpuan Pengunjung.

02-10-2026
Berita Auto

Sewa Kereta Kepada Warga Asing: Denda RM10,000

JPJ akan menggempur habis-habisan pemandu warga asing yang semakin bebas memandu secara haram.

02-10-2026
Berita Auto

F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt

Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas

01-10-2026
Berita Auto

Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu

Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.

30-09-2026
Berita Auto

Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia

Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.

30-09-2026
Berita Auto

Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok

Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.

29-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.