ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Harga Mampu Milik: Proton X70 Facelift 2025, Bermula Dari RM99K Sahaja

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengeluar kereta Nasional PROTON melancarkan secara rasminya Proton X70 2025, di Mariott Hotel, Putrajaya, petang tadi.

Proton X70 2025 didatangkan dalam 4 varian: varian Standard dijual pada harga (RM98,800), Executive (RM110,800) Premium  (RM123,800) dan Premium X  (RM126,800). 

image.pngimage.png

Harga itu adalah berdasarkan harga atas jalan tanpa insuran.

image.pngimage.png

Untuk makluman anda, 68 bulan selepas pelancarannya pada 12 Disember 2018, SUV pertama Proton telah dikemas kini secara menyeluruh untuk memacunya kembali ke kedudukan teratas dalam kelas SUV premium segmen C.

Mengikuti jejak pendahulunya, PROTON X70 2025 menerima reka bentuk luar  yang cukup ketara dimana model facelift ini kelihatan lebih handsome.

Ia berikutan gril hadapannya  lebih besar dengan elemen corak songket yang mengelilingi logo Proton serta diapit dengan lampu hadapan trapezoid baharu yang terdiri daripada 47 unit LED.

image.png

Selain itu, bampar hadapan dan fender hadapan baharu membuatkannya ia lebih agresif manakalaa bampar  dan skirting belakang yang baharu juga turut menonjolkan  bahagian belakangnya lebih bergaya.

image.png

Jentera sasa ini dilengkapi dengan reka bentuk roda aloi 19 inci yang mempamerkan reka bentuk dua tona yang baharu.

Menyentuh mengenai trenkuasanya pula, PROTON X70 2025 dikuasakan oleh enjin turbo 1.5-liter yang dipasang oleh PROTON di kilang enjin di Tanjong Malim, Perak.

Ini membolehkan ia menghamburkan kuasa setakat  177 PS dan tork  255Nm. 

Enjinnya dipadankan dengan transmisi dual-klac 7-kelajuan bagi membolehkan pertukaran gear yang cepat, senyap dan empat peratus lebih menjimatkan bahan api. 

image.png

Menjengah bahagian dalamannya pula, SUV itu hadir dengan padanan warna kelabu premium untuk varian 1.5 TD Premium dan Premium X.

Dua varian teratas juga menerima ciri pencahayaan ambien dalam bentuk lampu LED pada panel instrumen yang mempunyai 72 pilihan warna dan boleh bergerak mengikut irama muzik yang dimainkan.

image.pngimage.png

Semua varian menerima skrin terapung 12.3 inci baharu yang menampilkan unit pemprosesan kuad teras ganda yang kuat, 4GB RAM dan 32GB ruang penyimpanan. 

Ciri pengenalan suara yang membolehkan akses kepada pelbagai fungsi melalui arahan suara “Hi PROTON” juga dikekalkan untuk semua varian, seperti juga Sistem Penapis Udara Pintar Proton (PIAPS). 

image.png

Apa yang cukup menarik ialah PROTON X70 2025 adalah model Proton pertama ang mempunyai perisian Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar dan berwayar yang telah dipasang sebelumnya, di mana pemilik dapat mengakses ciri-ciri ini setelah pengesahan rasmi diberikan.

Selain itu, sebagai salah satu kenderaan pertama yang memperkenalkan Sistem Bantuan Pemanduan Lanjutan (ADAS) kepada kelas SUV segmen C, PROTON X70 diiktiraf secara meluas sebagai perintis dalam sistem keselamatan aktif.

Difahamkan, Proton telah menambahkan ADAS 2.0 untuk varian Premium dan Premium X.

Sistem ini mempunyai 13 sistem keselamatan aktif yang terdiri daripada Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW), Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC) dengan berhenti dan pergi dan Kawalan Pelayaran Pintar (ICC).

image.pngimage.png

Antara ciri keselamatan yang turut terdapat dalam jentera ini ialah  Amaran Perlepasan Laluan (LDW), Pencegahan Perlepasan Laluan (LDP),nKawalan Pusat Laluan (LCC), Bantuan Tukar Laluan (LCA), Amaran Trafik Silang Belakang (RCTA), Amaran Perlanggaran Belakang (RCW), Amaran Membuka Pintu (DOW), Maklumat Tanda Trafik (TSI), dan Kawalan Lampu Tinggi Pintar (IHBC).

Melengkapi peralatan ADAS adalah senarai panjang sistem keselamatan yang disertakan pada semua varian PROTON X70 2025.

image.png

 Ini termasuk enam Airbag SRS, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Pengedaran Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Auto Brake Hold, Kawalan Keselamatan Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Bantuan Pegangan Bukit (HHA) dan Kawalan Turun Bukit (HDC).

Jadi, bagi meraikan pelancaran ini, PROTON menawarkan nilai tambah bernilai RM23,000 tanpa kos tambahan kepada 3,000 orang pelanggan pertama yang mendaftar PROTON X70 2025 mereka sebelum 31 Ogos 2024. 

Model baharu itu juga datang dengan jaminan tanpa had selama lima tahun, pakej data lima tahun dengan 1GB sebulan, dan enam servis buruh percuma. 

PROTON X70 2025 kini boleh ditempah secara dalam talian di https://www.proton.com/en/find-a-car/protonx70 dan di pusat pameran sah PROTON.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN8419

SELANGOR

BST4542

JOHOR

JD6102J

PULAU PINANG

PSF3307

PERAK

APL2539

PAHANG

CFH6270

KEDAH

KGH8710

NEGERI SEMBILAN

NEL6926

KOTA KINABALU

SJT9034

KUCHING

QAB5193P

Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.