Jangan Risau Kalau Nak Ke Putrajaya, Teksi Air Ditawar Percuma! Lot Parkir Banyak

Ada berita baik untuk anda!
Ini kerana teksi air dan 'cruise' tasik akan disediakan secara percuma untuk orang ramai menghadiri acara sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos ini.
Perkara itu disahkan Jurutera Perbadanan Putrajaya, Faridz Amli Shaharudin, baru-baru ini.
Menurutnya, pengunjung yang ingin menggunakan perkhidmatan itu boleh menaiki teksi air di Jeti Kelab Tasik Putrajaya dan Jeti Ayer 8, manakala 'cruise' tasik pula di Jeti Marina.

“Kita juga menyediakan 80 bas ulang-alik membabitkan 40 bas dua tingkat dan 40 bas setingkat. Kita sarankan orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam kerana pada tahun ini, kita tidak membenarkan kenderaan masuk berikutan 'core island' akan ditutup keseluruhannya,” katanya.
Bagaimanapun, anda jangan risau mengenai parkir memandangkan tiga kawasan parkir utama turut disediakan.
Antara lokasi parkir ialah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang boleh memuatkan hingga 1,200 kenderaan, sekitar Taman Botani dan Bulatan Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, serta Putrajaya Sentral.
Difahamkan, kapasiti tempat duduk awam pada acara sambutan itu juga ditambah kepada 8,000, tahun ini, berbanding 4,000 pada tahun lalu.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC9305
SELANGOR
BSQ9152
JOHOR
JYB433
PULAU PINANG
PSD1857
PERAK
APJ3062
PAHANG
CFG8124
KEDAH
KGG5705
NEGERI SEMBILAN
NEK6837
KOTA KINABALU
SJS4608
KUCHING
QAB223P
Terakhir Kemas Kini 23 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
JPJ Pertama Buka 7 Hari Seminggu, Buka Sampai 10 Malam di Bandar Tasik Selatan!
JPJ Cawangan Bandar Tasik Selatan (BTS) melakar sejarah apabila menjadi cawangan pertama di negara ini yang beroperasi setiap hari, tujuh hari seminggu.
22-06-2026
PM Rasmikan Operasi LRT3 Ahad Ini
Operasi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dan kawasan sekiranya akan bermula Isnin depan.
22-06-2026
Leapmotor Jual 1.5 Juta Kenderaan Secara Global
Leapmotor mengumumkan bahawa pihaknya sudah menyerah 1.5 juta kenderaan di seluruh dunia.
22-06-2026
Berita Baik! Harga Diesel Turun RM2.10 Mulai Julai
Diesel Turun RM2.10: Hanya Untuk Pemegang MyKad Mulai Julai.
22-06-2026
Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa
inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.
19-06-2026
CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun
Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.
19-06-2026
Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu
Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.
19-06-2026
Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ
Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.
19-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat