MG Cyberster Didedah, Mungkin Lancar Tahun Ini

SAIC Motor Malaysia Sdn Bhd (SAIC Motor Malaysia) turut mendedahkan MG Cyberster 2024 sempena pendedahan dua model terbaharunya di Petaling Jaya, semalam.
Selain model MG5 dan MG HS, SAIC Motor turut membuat kejutan kepada pihak media apabila mereka membawa masuk model paling mengancam mereka itu.
Namun, MG Cyberster ini jauh sekali berbeza dengan dua model yang didedahkan itu.


Di peringkat global, MG Cyberster hadir dalam dua varian – versi pacuan roda belakang (AWD) dengan hanya satu motor elektrik, manakala satu lagi adalah pacuan semua roda (RWD) yang lebih berkuasa dibekalkan dengan dua motor elektrik.
Varian pacuan roda belakang mampu menghasilkan kuasa setakat 340 PS dan 475 NM. Ini membolehkan ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam hanya 5 saat manakala yang kedua pula boleh menghamburkan kuasa setinggi 544 PS dan 725 NM.
Kuasanya yang cukup bertenaga membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 3.2 saat.
Kedua-dua model ini dibekalkan dengan bateri berkapasiti 64kWj dan 77 kWj dimana varian pacuan roda belakang boleh bergerak sejauh 444km manakala varian RWD boleh bergerak sejauh 509 km.
Sebaliknya unit pratonton MG Cyberster yang didedahkan semalam adalah varian yang menggunakan motor berkembar.
Apapun, kehadirannya nyata berjaya memukau perhatian orang ramai. Mana tidaknya dengan gaya luarannya yang cukup mengancam dan menonjol membuatkan ramai yang jatuh hati.

Dari segi luarannya, ia menampilkan muncung seperti ikan jerung dengan lampu hadapan jenis LED seperti badam selain didatangkan dengan pintu yang boleh dibuka sampai ke atas.
Menjengah bahagian belakangnya, ia dilengkapi dengan lampu seperti bendera Union Jack, dipasang dengan rim bersaiz 20 inci dan ada juga komponen saluran masuk udara.


Melihat kabinnya, ia menawarkan tempat dudukjenis sports dimana ia boleh dilarasakan dalam enam hala serta dibaluti dengan kulit Nappa dan upholsteri Alcantara.



Antara kelengkapan lain ialah terdapat tiga skrin yang terdiri daripada paparan tengah utama 10.25 inci diapit oleh dua skrin sentuh 7 inci, dwi. -kawalan iklim zon, serta sistem audio Bose 8 pembesar suara.
Sama seperti kebanyakan EV premium, MG Cyberster juga dilengkapi dengan sistem bantuan canggih ADAS.
Di sebalik sesi pratonton semalam, SAIC Motor Malaysia telah membayangkan rancangan untuk melancarkan Cyberster di Malaysia tidak lama lagi.

Ada kemungkinan MG Cyberster akan dilancarkan sebelum akhir tahun ini. Buat masa ini, pihak syarikat masih belum memberi bayangan mengenai harganya.
Jika dibandingkan dengan harga model di Thailand, harga anggaran adalah sekitar RM250,000 dan RM350,000.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge