ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Nak Beli AION Y Plus? Nikmati Pandu Uji AION Y PLUS Secara Eksklusif dengan GoCar

Suhana Veru

Kongsi melalui

AION-PJ-Showroom.jpeg

Buat julung kalinya, peneraju platform mobiliti, GoCar Malaysia menawarkan pengalaman sesi pandu uji model elektrik sepenuhnya AION Y Plus selama tiga atau tujuh hari.

Menerusi program terbaharu mereka, “GoCar Experience”, para pembeli yang berminat dengan AION Y Plus boleh membawa  pulang dan menikmati pengalaman jentera dalam tempoh yang lama.

Ini sekali gus membolehkan mereka mencuba EV tersebut secara lebih komprehensif sebelum membuat pembelian.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun berkata, pihaknya teruja untuk menawarkan satu cara baharu inovatif yang membolehkan orang ramai menikmati pemanduan sebelum membuat keputusan untuk membeli kereta.

“Lagipun, kenderaan baharu sebenarnya tidak  boleh dirasai melalui sesi pandu uji ringkas selama lima hingga 10 minit.

“Jadi melalui program GoCar Experience, pelanggan berpotensi akan mempunyai lebih banyak masa untuk merasai sendiri pengalamannmemandu kenderaan ini mengikut rutin harian mereka,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Untuk makluman, AION Y Plus ditawarkan dalam dua varian: AION Y Plus Elite dan AION Y Plus Premium pada harga bermula RM119,800 hingga RM135,800. 

image.png

Antara ciri-ciri utamanya termasuklah:

● Ada Teknologi Bateri Magazine pertama di dunia: Sifar insiden

nyalaan api atau letupan dalam Ujian Penembusan Peluru.

● ⁠Menjadi antara jarak paling jauh dalam kelasnya: Menawarkan jarak sehingga 490km (NEDC) dengan rekod baharu jangka hayat bateri.

● Ruang dalaman luas: Tempat duduk hadapan dan belakang boleh dilipat sepenuhnya dimana ia boleh diubah menjadi tempat tidur yang selesa.

● Rekaan bergaya: Dengan rekaan lampu utama angel wing, lampu belakang minimalis dan skrin berkembar pintar (kluster instrumen 10.25 inci dan paparan skrin sentuh 14.6 inci), AION Y Plus nyata menyerlah dari segi penampilan serta fungsinya.

image.pngimage.png

Harga:

Bagi yang berminat, kadar  program GoCar Experience dengan AION Y Plus bermula RM399 untuk tiga hari dan RM899 bagi sesi pandu uji selama tujuh hari. 

Kedua-dua pilihan itu merangkumi kredit pengecasan EV (RM20 untuk pandu uji selama tiga hari dan RM50 untuk tujuh hari) yang boleh diaktifkan menerusi GoCar mobile app.

Deposit sekuriti sebanyak RM399 untuk kedua-dua pelan turut diperlukan, ia akan dikreditkan sepenuhnya dalam masa 7-14 hari bekerja sebaik sahaja kenderaan dipulangkan semula.

image.png

Apa yang paling menarik ialah yuran itu akan dipulangkan sepenuhnya kepada pelanggan yang mengambil keputusan untuk membeli kereta berkenaan selepas sesi pandu uji mereka.

Sehubungan itu, pada  24 hingga 25 Ogos  ini, AION Petaling Jaya akan menganjurkan satu acara istimewa di mana pengunjung boleh meneroka AION Y Plus dan memahami dengan lebih mendalam mengenai kenderaan elektrik berkenaan.

Terbuka kepada orang ramai, acara itu menjanjikan pelbagai aktiviti menarik, termasuklah peluang menyertai cabutan bertuah “Tempah & Menang” yang menawarkan hadiah bernilai RM8,000.

image.png

Tempahan terawal akan diberi hadiah-hadiah eksklusif seperti kredit pengecasan sebanyak RM1,000, pengecas wallbox (tanpa pemasangan), set teater rumah atau peralatan berkhemah.

Untuk keterangan lanjut mengenai program itu, anda boleh melayari laman web: https://experience.gocar.my. 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ7812

SELANGOR

BST8542

JOHOR

JE5243J

PULAU PINANG

PSF6958

PERAK

APL5901

PAHANG

CFH7852

KEDAH

KGJ1946

NEGERI SEMBILAN

NEL9380

KOTA KINABALU

SJU2063

KUCHING

QAB5922P

Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

19-02-2025
Berita Auto

27-02-2024
Berita Auto

14-10-2022
Berita Auto

09-08-2022
Berita Auto

01-08-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan

Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.

23-09-2026
Berita Auto

Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa

Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.

22-09-2026
Berita Auto

Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i

Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.

22-09-2026
Berita Auto

GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia

Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.

21-09-2026
Berita Auto

Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ

H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.

21-09-2026
Berita Auto

Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan

Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.

19-09-2026
Berita Auto

ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit

Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.

18-09-2026
Berita Auto

17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu

Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.

18-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.