ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

VPCM Catat Nama Dalam Malaysia Book of Records – Perhimpunan Volkswagen Golf Terbesar

Sofea Najmi

Kongsi melalui

VW-Golf-FanFest-2024-Event-40.JPG


370 unit Volkswagen Golf berjaya dikumpulkan dalam acara VW Golf Fan Fest 2024.


Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) berjaya mencatatkan nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) selepas menganjurkan perhimpunan Volkswagen Golf terbesar yang pernah direkodkan di Malaysia. Acara ini menyaksikan sejumlah 370 unit Volkswagen Golf berjaya dihimpunkan di Volkswagen Golf Fan Fest 2024 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Petronas Sepang hujung minggu lalu.


VW-Golf-FanFest-2024-Event-47.JPGVW-Golf-FanFest-2024-Event-48.JPG


Plak rasmi rekod "Perhimpunan Volkswagen Golf Terbesar" diserahkan kepada Pengarah Urusan VPCM, Denyu Bostandzhiev, oleh wakil MBOR semasa acara tersebut. Selain percubaan untuk memecah rekod yang disertai pemilik VW Golf dari seluruh negara, Golf Fan Fest tahun ini juga menampilkan pelbagai aktiviti menarik dan pameran untuk semua pengunjung.


Pameran Sejarah Volkswagen Golf


VW-Golf-FanFest-2024-Event-5.JPG


Pengunjung festival berpeluang melihat barisan model Golf daripada generasi yang pertama, Golf Mk1, hingga yang terkini, Gold Mk8 dengan lebih dekat. 


Volkswagen-Golf-GTI-Edition50-GolfFanFest2024-2.JPG


Sempena ulang tahun ke-50 Golf, VPCM turut mempamerkan Volkswagen Golf GTI Edition 50, yang ditawarkan terhad kepada 50 unit sahaja di seluruh negara pada harga RM267,990 termasuk Volkswagen Assurance Package (VAP).


Aktiviti Menarik untuk Pengunjung


VW-Golf-FanFest-2024-Event-59.JPGVW-Golf-FanFest-2024-Event-27.JPGVW-Golf-FanFest-2024-Event-35.JPGVW-Golf-FanFest-2024-Event-34.JPG


Selain pameran model klasik, pelbagai aktiviti menyeronokkan turut disediakan untuk pengunjung. Antaranya ialah pengalaman menaiki Golf R Drift Taxi, sesi penerangan teknikal dan bengkel khas untuk pemilik VW Golf, simulator perlumbaan serta kemuncak pertandingan Volkswagen’s Biggest Golf Fan.


VW-Golf-FanFest-2024-Event-53.JPGVW-Golf-FanFest-2024-Event-61.JPG


Menambahkan lagi kemeriahan acara, pemilik Golf yang hadir juga diberi peluang untuk menguji kemahiran mengawal serta mempertontonkan kenderaan masing-masing melalui cabaran Golf Gymkhana dan Golf Showdown. Pemenang untuk setiap pertandingan yang diadakan dapat membawa pulang pelbagai hadiah menarik. Festival ini diakhiri dengan aksi penuh debaran daripada beberapa pemilik Golf yang mengambil peluang untuk memandu jentera mereka di atas litar. 

Baca: Volkswagen Golf GTI Edition 50 Kini Di Malaysia – Unit Terhad, CKD, Dari RM267,990 (Termasuk VAP)

VW-Golf-FanFest-2024-Event-50.JPG

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT2691

SELANGOR

BSU3026

JOHOR

JF4271J

PULAU PINANG

PSG2477

PERAK

APM592

PAHANG

CFH9587

KEDAH

KGJ3928

NEGERI SEMBILAN

NEM2198

KOTA KINABALU

SJU4663

KUCHING

QAB7304P

Terakhir Kemas Kini 07 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

20-05-2024
Berita Auto

11-03-2024
Kereta Baru

20-01-2024
Berita Auto

08-01-2024
Kereta Baru

02-01-2024
Berita Auto

26-12-2023
Berita Auto

09-08-2023
Berita Auto

15-07-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Valtteri Bottas Basikal 300km Dari Sepang Ke Singapura Selepas F1

Bottas tular di media sosial gara-gara redah jalan sempit di ladang kelapa sawit di Sepang, baru-baru ini.

07-10-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan Kepada Mangsa?

Kerajaan bersetuju memasukkan mekanisme pampasan atau ganti rugi kepada mangsa atau waris kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk.

07-10-2026
Berita Auto

Kebakaran JBCC: 10 Kereta Musnah Terbakar

10 Kereta Terbakar di Parking JBCC, Ada Pengunjung Sesak Nafas.

07-10-2026
Berita Auto

Isu Sewa Motosikal Warga Asing: JPJ Ambil Tindakan Tegas

Rakyat Kelantan, Terengganu Sewakan Motosikal Kepada Warga Asing.

06-10-2026
Berita Auto

Berapa Harga Tiket ECRL?

Kabinet Masih Belum Memutuskan Harga Tiket ECRL.

06-10-2026
Berita Auto

Air Campur Petrol: KPDN Kedah Siasat 11 Stesen Minyak

Dakwaan Petrol Bercampur Air Viral: KPDN Jalankan Pemeriksaan.

06-10-2026
Berita Auto

Anda Boleh Lega: Lebih Banyak Ciri MyJPJ Mulai Bulan Depan

Ciri Baru MyJPJ Bulan Depan: Tiada Lagi Orang Tengah?

06-10-2026
Berita Auto

Ini Dia Pelukis Bendera Gergasi Di Litar Sepang

Inilah Pelukis Bendera Gergasi F1 Sepang Yang Ramai Tak Tahu.

06-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.