BMW Shorties 'Sometimes Feels Like Summer' Satu Gambaran Realiti Kehidupan

BMW Shorties, sebuah inisiatif penghasilan kandungan digital kreatif oleh BMW Group Malaysia, mempersembahkan projek terbaru bertajuk 'Sometimes Feels Like Summer' hasil garapan Pemenang Hadiah Utama 2023, Ikram Haizammuri.
Kisah Perjalanan Hidup di Ambang Kedewasaan

Berlatarbelakangkan kawasan luar bandar yang mana keindahan landskapnya sering dilitupi oleh cabaran, ‘Sometimes Feels Like Summer’ (Adakala Terik Musim Tengkujuh) menggambarkan perjalanan emosi seorang gadis yang menginjak ke alam dewasa sambil menelusuri liku-liku kehidupan dalam mencari identiti diri.
Pengarah dan Visi Peribadi

Pengarah kelahiran Kuantan, Ikram Haizammuri, berkongsi bagaimana filem ini sangat dekat dengan jiwanya. “Sejak awal, saya sedar bahawa filem ini bakal menjadi sebuah projek yang sangat peribadi untuk saya, yang diilhamkan oleh perjalanan universal dalam mencari identiti diri.
"Seperti kebanyakan karya saya sebelum ini, termasuk All Who Leave Go There, filem ini mengetengahkan tentang keinginan seseorang untuk memahami diri sendiri dan jurang realiti kehidupan yang dihadapi oleh golongan remaja di luar bandar,” ujarnya.
Mengangkat Suara Kreatif Tempatan

Pengarah Komunikasi Korporat dan Kemampanan BMW Group Malaysia, Sashi Ambihaipahan berkata, “Karya ini adalah usaha kreatif yang dihasilkan dengan begitu indah sekali, merakamkan keindahan zaman remaja dan kerumitan menjadi dewasa yang seolah-olah sentiasa menolak kita ke hadapan, sama ada kita menginginkannya atau tidak.
“Selain itu, kisah ini berlandaskan naratif yang menyentuh nilai-nilai yang kami pegang di BMW Group Malaysia iaitu meraikan kepelbagaian suara yang membentuk masyarakat kita dan menyediakan platform untuk kisah-kisah ini disampaikan,” katanya.
BMW Shorties 2024 Kembali dengan Tema Baharu

BMW Shorties kini kembali bagi tahun 2024 dengan tema PULSE. Penyertaan boleh dibuat melalui laman web BMW Shorties di www.bmwshorties.com.my bermula pada 29 Julai hingga 30 September 2024 ini pada jam 6 petang.

Ikuti Facebook atau Instagram rasmi BMW Shorties untuk maklumat selanjutnya.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM2180
SELANGOR
BST1376
JOHOR
JC8559J
PULAU PINANG
PSE9420
PERAK
APK8523
PAHANG
CFH5146
KEDAH
KGH6654
NEGERI SEMBILAN
NEL5317
KOTA KINABALU
SJT6405
KUCHING
QAB4374P
Terakhir Kemas Kini 24 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tutup Linkedua Demi Lumba Haram: Influencer Antara Kena Angkut
Influencer Permotoran Antara 8 Direman Kes Linkedua.
24-08-2026
Aliran Trafik Ke Pantai Timur Mula Sesak Malam Ini
Cuti Panjang Bermula! Aliran Trafik Ke Pantai Timur Mula Sesak Malam Ini.
23-08-2026
Ini Dah Melampau, Mat Rempit Tutup Lebuhraya
Pelesit Jalanan 'Kuasai' Linkedua: Lebuhraya Linkedua Ditutup Demi Lumba Haram.
23-08-2026
Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu
Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.
21-08-2026
Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya
Geng basikal dinasihatkan berhati-hati mengayuh basikal di jalan besar.
21-08-2026
Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?
Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.
21-08-2026
China Hubungi MITI Nak Uji Kereta Terbang Di Malaysia?
Syarikat China Minat Jadikan Malaysia Untuk Uji Kereta Terbang.
20-08-2026
Kes Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori JIM: Pemandu Dibenar Ikat Jamin RM60,000
Rempuh Lampu Isyarat Hingga Meragut 3 Nyawa, Pemandu 'Black Maria' Mengaku Tidak Bersalah.
20-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat