ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Dongfeng Forthing Xinghai S7, EV Paling Aerodinamik Di Dunia

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengeluar kereta dari China, Dongfeng mendedahkan kenderaan elektrik terbaharunya,  Dongfeng Forthing Xinghai S7, baru-baru ini.

Selain namanya yang panjang, kereta saloon ini  dikatakan merupakan kenderaan elektrik paling aerodinamik di dunia.

Menurut Dongfeng, S7 mempunyai pekali seretan rendah hanya 0.191 Cd, berbanding dengan kadar 0.194 Mona M03.

image.pngimage.png

Selain prestasi aerodinamiknya yang cukup ccemerlang, S7 sebenarnya menampilkan reka bentuk yang cukup memukau kerana ia  menampilkan bahagian hadapan yang tertutup, pemegang pintu yang tersembunyi dan hadir dengan rim roda bersaiz  19 atau 20 inci dengan rekaan tertutup.

Di sebalik tiang B, S7 menyimpang sendiri daripada sedan tiga kotak konvensional, berkat garis bumbung gaya fastback yang pergi ke spoiler ekor itik yang dipasang pada pintu belakang.

image.png

Dari segi dimensi, S7 dikatakan agak besar memandangkan ia berukuran 4,935 mm (panjang) selebar 1,915 mm, 1,495 mm (tinggi) dan jarak roda adalah sekitar  2,915 mm.

Menjengah kabin, S7 hadir dengan kabin yang cukup minimalis dan sarat dengan ciri-ciri teknologi yang canggiH.

Malah, para pelanggan boleh memilih warna kabin sama ada warna Oriental White atau Sky Twilight Black. 

image.png

Seperti kereta lain, ia juga hadir dengan skrin infotainmen tengah 15.6 inci yang dikuasakan oleh Xinghai OS, ada instrumen digital 8.8 inci, 12 speaker dan tempat duduk hadapannya hadir dengan fungsi pemanasan.

Mengenai trenkuasanya, Forthing S7 disumbat dengan motor elektrik tunggal di belakang (RWD).

Jadi, ia boleh menghamburkan kuasa setakat 215 HP (160 kW) dan 310 Nm.

image.png

Ia boleh memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam  6.67 saat selain didatangkan dengan pek bateri lithium iron fosfat (LFP) berkapasiti 56.8-kWh.

Dengan hanya sekali cas, ia boleh bergerak sejauh  555 kilometer.

Difahamkan, ketiga-tiga varian S7 di China hadir dengan trenkuasa yang  sama, walaupun versi EV (REEV) range-extender masih dalam perancangan.

Untuk makluman, harga varian Edition Light  (RM70,536), Edition Pleasure (RM76,424) dan Luxury Edition  (RM82,312).

Pendek kata, harga S7 adalah paling berpatutan di pasaran Tembok Besar, walaupun harga tersebut mungkin tidak mencerminkan pasaran antarabangsa lain sekiranya Dongfeng memutuskan untuk mengeksportnya ke negara  lain.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS6251

SELANGOR

BSU2070

JOHOR

JF2285J

PULAU PINANG

PSG1141

PERAK

APL8847

PAHANG

CFH9160

KEDAH

KGJ3391

NEGERI SEMBILAN

NEM1746

KOTA KINABALU

SJU4149

KUCHING

QAB7005P

Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

12-11-2025
Kereta Baru

12-11-2025
EV

27-09-2024
Kereta Baru

05-02-2026
Global

02-04-2025
EV

24-02-2025
EV

22-01-2024

Berita Terkini

EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.