Hari Kebangsaan: Lebih 10,000 Pengunjung Teruja Lihat Proton e.MAS 7
-full_normal.jpg)
Lebih 100,000 yang memenuhi Dataran Putrajaya untuk meraikan Hari Kebangsaan 2024 pada minggu lepas kelihatan cukup teruja apabila menyaksikan kehadiran kenderaan elektrik pertama Proton, Proton e.MAS 7 dalam perarakan Merdeka.
Proton e.MAS 7 yang disaluti dengan pelekat penyamaran bermotifkan jalur gemilang adalah salah satu daripada daripada 25 model Proton yang turut menyertai perarakan itu.
-full_normal.jpg)
Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET Zhang Qiang berkata, pihaknya berbangga dengan penampilan Proton e.MAS 7 pada perarakan itu kerana ia berjaya memikat hati orang ramai.
“Respons bersemangat daripada penonton menunjukkan sokongan jitu terhadap visi kami untuk mobiliti dan inovasi yang lestari. Melihat e.MAS 7 beraksi merupakan satu detik kebanggaan kepada negara, menunjukkan komitmen kami dalam membina masa depan yang lebih hijau untuk Malaysia.
Penampilan ini bukan sahaja menunjukkan dedikasi kami terhadap kecemerlangan inovasi tetapi juga mengukuhkan hubungan antara jenama kami dengan rakyat Malaysia serta menjadikannya satu pencapaian yang tidak dapat dilupakan sepanjang perjalanan kami menuju masa depan,” katanya dalam satu kenyataan.

Semasa perarakan, Proton e.MAS mengajak orang ramai untuk menyertai kempen Merdeka yang sangat interaktif bertajuk “Your Proton e.MAS 7 Dream” untuk berkongsi pengalaman, inspirasi dan visi mereka demi masa depan yang lestari.
Sehubungan itu, sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-67 ini, Proton e.MAS mengadakan Kempen Kemerdekaan yang menawarkan peluang untuk memenangi kredit e-Wallet TnG sebanyak RM67 kepada 15 peserta untuk komen paling kreatif di laman Facebook atau Instagram Proton e.MAS.
Pertandingan ini berlangsung dari 31 Ogos hingga 16 September 2024, dan para pemenang akan diumumkan pada 4 Oktober 2024 melalui media sosial Proton e.MAS.
Untuk menyertai kempen ini, ikuti langkah-langkah di bawah:
Langkah 1: Ikuti halaman rasmi kami& Proton e.MAS Cars di Facebook atau;@protonemasofficial di Instagram dan tekan butang like pada pos “Your Proton e.MAS 7 Dream”!
Langkah 2: Komen dengan cara yang paling kreatif dan memberi inspirasi untuk melengkapkan ayat: “Proton e.MAS 7, kenderaan elektrik nasional pertama adalah ___.”
Langkah 3: Tag 3 rakan anda dan kongsi pos ini serta jangan lupa letak slogan #eMAS7Merdeka
Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Media Sosial Merdeka “Your Proton e.MAS 7 Dream”, KLIK.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN4423
SELANGOR
BST3745
JOHOR
JD4430J
PULAU PINANG
PSF2384
PERAK
APL1676
PAHANG
CFH5927
KEDAH
KGH7933
NEGERI SEMBILAN
NEL6428
KOTA KINABALU
SJT8459
KUCHING
QAB4935P
Terakhir Kemas Kini 29 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k
Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.
28-08-2026
Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel
Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.
28-08-2026
Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
27-08-2026
GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k
GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat