ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Malaysia Mampu Main Peranan Penting Dalam Pengeluaran Bateri EV & Kitar Semula E-Waste

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Proton-eMAS-7-MerdekaCamo-2.jpg


 e.MAS 7, EV pertama di bawah jenama nasional, Proton, dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi. 


Malaysia berpotensi untuk memainkan peranan penting dalam pasaran global bagi bateri kenderaan elektrik (EV) dan kitar semula barangan elektronik (e-waste) yang sedang berkembang pesat, lapor The Malaysian Reserve. 


Menurut  Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), pasaran bateri EV di negara ini dijangka menunjukkan pertumbuhan pada kadar tahunan sebanyak 5.28% antara 2022 dan 2027. Negara ini turut menetapkan matlamat untuk memiliki  sejumlah 1.5 juta EV di jalan raya menjelang 2040, mewakili sekitar 6% hingga 7% daripada jumlah kenderaan, yang menggambarkan peningkatan permintaan terhadap EV dan keperluan penyelesaian kitar semula bateri.


Di peringkat antarabangsa, pasaran kitar semula bateri EV dijangka mencecah AS$6.5 bilion (RM27.56 bilion) menjelang tahun 2030, dengan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 37.1%. Lonjakan permintaan EV, serta peraturan kitar semula yang lebih ketat dan keperluan untuk bahan mentah yang kritikal, menyumbang kepada pertumbuhan pesat sektor ini.


Cabaran Semasa


Caricarz-Tesla-ModelY-FirstDelivery-Malaysia-(7).jpg


Penerangan mengenai fungsi Tesla oleh kakitangan Tesla Malaysia kepada pembeli terawal Tesla Model Y. 


Malaysia telah berjaya menarik lebih RM5 bilion pelaburan langsung asing (FDI) daripada syarikat automotif global seperti Tesla, BYD dan Geely yang mengukuhkan lagi kedudukan negara dalam sektor EV. 


Walaupun sektor ini menawarkan potensi besar, Malaysia berdepan cabaran berkaitan rantaian bekalan dan infrastruktur. Selain itu, Malaysia kini hanya mempunyai kira-kira  2,000 stesen pengecasan EV berbanding sasaran sebanyak 10,000 stesen menjelang 2025. 


thumb_BYD-Atto-3-Re-Spec-Launch-(1).jpg


BYD Atto 3 2024 dilancarkan di Malaysia pada awal bulan ini. 


Untuk kekal kompetitif, Malaysia perlu membangunkan rantaian bekalan yang lebih komprehensif bagi bahan mentah kritikal seperti litium dan nikel, yang penting untuk pengeluaran bateri yang lebih kos efektif serta mempertingkat kemampuan kitar semula e-waste yang bakal timbul. 


Dalam masa yang sama, tenaga mahir juga penting untuk diasah bagi memacu pembangunan teknologi bateri dan kitar semula. 


Teknologi Inovatif 


lithium-ion-electric-vehicle-battery.jpgEV-batteries.jpg


Bateri yang digunakan EV, lithium ion (Foto: Bloomberg)


Malaysia juga berpotensi untuk menerapkan teknologi inovatif seperti sistem pengurusan e-waste yang dipacu oleh kecerdasan buatan (AI) dan proses kitar semula bateri yang lebih cekap. Penerapan teknologi ini boleh mengurangkan kos dan meningkatkan kelestarian, menyumbang kepada ekonomi hijau yang lebih tahan lama dan berdaya maju.


Masa Depan Ekonomi Hijau Malaysia


Dengan pelaburan besar dalam teknologi hijau, Malaysia berada dalam kedudukan yang baik untuk mengurangkan jejak karbonnya sambil meningkatkan daya tarikannya sebagai destinasi pelaburan hijau. Usaha ini selari dengan matlamat jangka panjang negara untuk mencapai neutraliti karbon.

Sumber: The Malaysian Reserve

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRH2570

SELANGOR

BSR8097

JOHOR

JA7203J

PULAU PINANG

PSE1086

PERAK

APK1328

PAHANG

CFH2448

KEDAH

KGH2387

NEGERI SEMBILAN

NEL1041

KOTA KINABALU

SJT2192

KUCHING

QAB2395P

Terakhir Kemas Kini 24 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

23-04-2026

Berita Terkini

EV

Bukan SUV Biasa? Gambar Tular SUV Berbalut Penyamaran Cetus Tanda Tanya

Ingat Enjin Petrol, Rupanya Ada Port Pengecas! Kelibat SUV 'Perodua QV-E' Berbalut Stiker Penyamaran Tular.

23-07-2026
EV

RUU 2026: Syarat Pendaftaran EV Bakal Lebih Ketat

Cukai Jalan EV Boleh Ditolak? Ini Syarat Ketat Pendaftaran Baharu Yang Anda Wajib Tahu.

22-07-2026
EV

EV Gerak Sambil Cas Bateri, Selesai Masalah Range Anxiety

Kereta elektrik bergerak sambil dicas dengan panel solar.

22-07-2026
EV

Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah

Lotus Emeya R Catat Rekod Pusingan EV Terpantas di Litar Sepang.

20-07-2026
EV

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.