ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Mercedes-Benz W214 E-Class Dilancar, 2 Varian CKD, Harga Bermula Dari RM355K

Suhana Veru

Kongsi melalui


 image.png

Selepas beberapa kempen teaser video didedahkan akhirnya, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) akhirnya melancarkan salun eksekutif Mercedes-Benz E-Class generasi keenam (W214) yang sudah dinantikan sejak sekian lama.


Untuk pasaran tempatan, W214 yang hadir dalam versi pemasangan tempatan ini dijual dari harga  RM355,888.

Dari segi visual, W214 memaparkan reka bentuk baharu selain masih mengekalkan susun atur sedan jenis tiga kotak.

image.pngimage.png

Menjengah bahagian luarannya, ia hadir dengan lampu depan dan lampu belakang jenis LED selain menampilkan signatur lampu berbentuk tiga bintang manakala pemegang pintunya jenis tersembunyi.

image.pngimage.png

Apa yang membezakan kedua-dua varian ini ialah  model E350e  hadir dengan pakej AMG Line, dimana kit badannya agak sporty dengan trim krom, roda aloi AMG 20 inci yang lebih besar dan banyak lagi.

Dari segi saiz, W214 dilihat lebih besar sedikit berbanding dengan pendahulunya, W213 kerana ia kini sepanjang 4,949 mm, selebar 1,880 mm dan setinggi 1,468 mm.

image.png

Sementara itu, jarak pula kini berukuran 2,961 mm dimana jaraknya ditambahkan kepada 20mm berbanding dengan W213.

Jadi, tidak hairanlah mengapa ruang untuk penumpang belakang agak luas selain ruang butnya pula seluas 540- liter.

image.png

Menjengah bahagian kabinnya, model W214 dilihat cukup mewah kerana ia dilengkapi dengan susun atur MBUX Superscreen baharu yang terdiri daripada paparan instrumen 12.3 inci.

image.png

Terdapat juga skrin sentuh infotainmen 14.4 inci dan skrin sentuh 12.3 inci untuk penumpang hadapan, serta fungsi Kunci Kenderaan Digital yang membolehkan akses kenderaan melalui peranti mudah alih peribadi.

Seperti mana-mana model Mercedes-Benz, W214 juga hadir dengan pelbagai ciri yang mewah dan canggih.

Antaranya seperti  stereng dibaluti dengan kulit Nappa, tempat duduk hadapan jenis berkuasa dan dibalut dengan upholsteri kulit buatan manusia ARTICO, selain terdapat juga venir kayu.

image.pngimage.png

Selain itu, terdapat juga sistem pencahayaan ambien dan model E350e AMG Line juga dihiasi dengan AMG Line tambahan seperti karpet AMG, penukar pedal sporty AMG dan sebenarnya ada banyak lagi.

image.png

Seperti yang kami nyatakan sebelum ini, W214 E-Class akan ditawarkan dalam dua enjin dimana  E200 menggunakan enjin M254 2.0 liter 4 silinder pengecas turbo 2.0 liter.

image.pngimage.png

Varian ini mampu menghamburkan kuasa setakat 204 PS dan 320 NM yang ditambah dengan penjana pemula bersepadu (ISG) bersepadu 48-volt hibrid ringan (MHEV) berkuasa  23 PS dan 205 NM. 

Kesemua kuasa jentera ini dihantar ke roda belakang (RWD) melalui kotak gear automatik 9G-Tronic 9-kelajuan.

Sementara itu, model E350e pula disumbat dengan  enjin 2.0 liter M254 yang sama seperti E200, tetapi sebaliknya dipasangkan dengan persediaan e-motor yang lebih bertenaga kerana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 129 PS dan 440 NM.

Kuasanya juga dihantar ke roda belakang (RWD) melalui kotak gear automatik 9G-Tronic 9-kelajuan.

image.pngimage.png

Untuk makluman, E350e juga didatangkan dengan pek bateri 25.4-kWj yang memberikan jarak perjalanan sehingga 115 KM.

Jika, ia dicas dengan menggunakan pengecas DC berkuasa 55 kW, anda hanya perlu masa 30 minit untuk menunggu baterinya penuh.

Apapun,  harga Mercedes-Benz E200 Avantgarde(RM355,888) dan Mercedes-Benz E350e AMG Line pula berharga RM418,888.



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT4596

SELANGOR

BSU3431

JOHOR

JF5040J

PULAU PINANG

PSG3080

PERAK

APM1461

PAHANG

CFH9806

KEDAH

KGJ4132

NEGERI SEMBILAN

NEM2419

KOTA KINABALU

SJU4962

KUCHING

QAB7404P

Terakhir Kemas Kini 09 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

21-08-2024
Berita Auto

09-07-2024
Global

29-03-2024
Global

06-09-2023
Global

20-06-2023
Global

26-04-2023
Global

07-04-2023
Teknologi

23-02-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.