ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Mitsubishi Xpander Plus 2024 Berwajah Baharu: Harga RM115K

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengesahkan MPV tujuh tempat duduk, Mitsubishi Xpander Plus 2024 sudah dibuka untuk tempahan.

Harga pengenalan untuk Mitisubishi Xpander pemasangan tempatan ini  adalah cuma RM115,000 namun tempoh penawaran harga itu adalah terhad.

Difahamkan, Mitsubishi Xpander yang dipasang di Pekan, Pahang ini akan dilancarkan secara rasminya pada bulan ini .

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Shinya Ikeda berkata, Mitsubishi Xpander dibangunkan untuk memenuhi keperluan para pelanggan.

“Xpander  bukan sahaja terkenal di Malaysia tetapi di seluruh negara ASEAN. MMM memperkenalkan XPANDER kepada rakyat Malaysia pada tahun 2020, dan pada bulan lepas, kami telah meraikan 40,000 pemilik XPANDER yang telah membeli jentera tersebut.

image.png

“Sebagai MPV bukan negara No. 1 negara, Xpander kini merupakan salah satu model paling penting untuk Mitsubishi Motors,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut mengenai versi facelift itu, beliau berkata,Xpander yang mempunyai gaya SUV sebenarnya telah dinaik taraf dengan sebaik mungkin.

“Ia bertujuan  menawarkan  pengalaman yang lebih lengkap dan menyeluruh. XPANDER turut menggabungkan reka bentuk dalaman dan luaran yang cukup bergaya, praktikal dan canggih.

“Ini membuatkan ia adalah  kereta keluarga yang paling ideal,” tambahnya.

image.pngimage.png

Bagi yang masih teragak-agak untuk menempah MPV ini, anda jangan risau kerana ia menawarkan rupa yang lebih mantap dan dinamik.

Ini kerana ia dipasang dengan lampu depan dan belakang jenis  LED,  hadir dengan bampar baharu, kit badan berserta spoiler belakang dan rim 17-inci dengan rekaan dua-tona.

image.pngimage.png

Antara kelengkapan lain ialah, ia hadir dengan peninjau kamera sekeliling, perakam video digital DVR depan dan belakang, ensor undur, spoiler, scuff plate serta balutan kulit buatan berwarna coklat.

image.png

Menjengah bahagian kabinnya, ia turut dilengkapi dengan paparan infotainmen 9 inci yang menyokong ciri Apple CarPlay dan Android Auto dan paparan 4.2 inci TFT LCD berwarna untuk pemandu.

image.pngimage.pngimage.png

Tidak ketinggalan pad pengecasan tanpa wayar, kerusi balutan leatherette, scuff plate, dan door visor,

image.pngimage.png

Satu lagi, Xpander ini turut didatangkan dengan jarak kelegaan tanah setinggi 225mm dengan ruang but seluas 837 liter jika tempat kedua direbahkan.

image.pngimage.png

Selain itu, ada ciri baharu iaitu kamera perakam video pemanduan serta brek parkir elektrik.

Dari segi kuasa, Mitsubishi Xpander Plus 2024 disumbat dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter.

Ini membuatkan ia mampu menghamburkan kuasa 105PS/141Nm tork dan dipadankan dengan kotak gear automatik empat kelajuan.

image.png

Apa yang cukup menarik ialah Mitsubishi Motors juga turut  mengumumkan pelancaran Drive Your Ambition Brand Festival bagi meraikan pelanggan yang dihargai.

Sehubungan itu, MMM menawarkan hadiah eksklusif berupa beg  Naturehike Camping Wagon bernilai RM400.

Bagaimanapun, hadiah ini hanya ditawarkan untuk 500 pelanggan  awal yang menempah MPV Mitsubishi paling laris itu.

image.png

Begitupun, para pelanggan  digalakkan untuk mengunjungi bilik pameran pengedar sah MMM atau mengambil bahagian dalam acara bilik pameran untuk mengetahui lebih lanjut tentang XPANDER tujuh tempat duduk.

Untuk keterangan lanjut, layari https://www.mitsubishi-motors.com.my/.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT4596

SELANGOR

BSU3431

JOHOR

JF5040J

PULAU PINANG

PSG3080

PERAK

APM1461

PAHANG

CFH9806

KEDAH

KGJ4132

NEGERI SEMBILAN

NEM2419

KOTA KINABALU

SJU4962

KUCHING

QAB7404P

Terakhir Kemas Kini 09 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

09-04-2026
Kereta Baru

16-02-2026
Kereta Baru

03-02-2026
Kereta Baru

12-01-2026
Kereta Baru
Berita Auto

14-11-2025
Berita Auto

13-10-2025
Berita Auto

26-09-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.