Siri Jelajah Proton e.MAS 7: Bakal Tempuh Perjalanan Sejauh 2,000 km

PROTON meraikan pencapaian penting dengan melancarkan secara rasmi Jelajah Proton e.MAS 7 di Proton Centre of Execellence (COE), Subang Jaya semalam.
Acara bersejarah ini menyaksikan penyerahan baton daripada Jelajah Dunia Geely E5 kepada Proton e.MAS 7 yang akan memulakan babak baharu yang penuh inovasi dan eksplorasi di seluruh Malaysia.
Jelajah Proton e.MAS 7 ini bertujuan untuk berinteraksi dengan rakyat Malaysia selain memberikan mereka peluang untuk menyaksikan kenderaan itu.

Proton e.MAS 7 akan menempuh lebih daripada 2,000 kilometer merentasi pelbagai jenis laluan dan landskap, dari jalan pantai sehingga ke kawasan pergunungan sambil mempamerkan prestasinya.
Jelajah Proton e.MAS 7 akan bermula pada 5 Oktober depan dengan menjelajah seluruh negeri di Semenanjung Malaysia.
Siri jelajah itu akan bermula dari Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor dan kemudian bergerak ke Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Kedah, dan Perlis.
Jelajah ini kemudian akan diteruskan melalui KL dan Selangor sebelum menuju ke Malaysia Timur, dengan bermula di Sabah dan berakhir di Sarawak.
Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, siri jelajah itu diadakan untuk memberikan peluang kepada rakyat Malaysia pengalaman yang menarik tentang bagaimana kenderaan ini mengharungi keadaan jalan dan iklim unik di negara ini.
“Jelajah ini bukan sahaja akan meraikan komuniti kita tetapi memupuk hubungan yang erat dengan para pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan.
Untuk makluman anda, jentera ini direka untuk ketahanan dalam keadaan cuaca yang mencabar.
Sebagai model kembar Proton e.MAS 7, Geely E5 berjaya mengharungi air banjir dan pelbagai keadaan jalan tanpa sebarang insiden, menguatkan lagi kebolehpercayaan teknologinya.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, kejayaan Geely E5 memandu lebih 3,700 km dari China ke Malaysia adalah satu pencapaian yang sangat penting.

“Kenderaan elektrik ini berjaya mengharungi cuaca buruk dan keadaan jalan yang mencabar, termasuk air banjir.
“Ketahanan, kebolehpercayaan, dan kualiti Galaxy E5 mempamerkan keunggulan kejuruteraannya di sebalik Proton e.MAS 7 dimana menunjukkan bagaimana ia akan menjadi pengubah permainan untuk pasaran kita,” tambahnya.
Apapun, sebelum jelajah ini bermula, orang ramai berpeluang untuk melihat Proton e.MAS 7 dan pasukan PRO-NET beraksi di Putrajaya pada 25 September dan Shah Alam pada 26 September.
Anda berpeluang bertemu dengan kru PRO-NET untuk bertanya mengenai Proton e.MAS 7 dan kongsikan cadangan anda untuk hentian pit terbaik sepanjang jelajah ini.
Sehubungan itu, anda boleh melayari laman web, https://emas.proton.com/ untuk mengetahui lebih lanjut mengenai siri jelajah itu.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
PDRM Guna Proton e.MAS Untuk Tugas Operasi Harian
PDRM Terima 3 Unit Proton e.MAS Untuk Penilaian Operasi Rasmi.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara
Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.
06-08-2026
Redah Jem Makin Selesa: Proton e.MAS 7 PHEV Kini Buatan Tempatan dengan Kerusi Urut
Proton e.MAS 7 PHEV CKD mula dikeluarkan dari kilangnya yang terletak di Tanjung Malim.
01-08-2026
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge