Tol Percuma Tamat, WCE Sudah Mula Kenakan Tol

Pemberian tol percuma di Jajaran Seksyen 1 Lebuhraya Pesisiran Pantai (WCE) yang menghubungkan Persimpangan Bertingkat Banting ke Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), sudah pun berakhir semalam.
Jadi bermula hari ini, lebuh raya berkenaan sudah pun mengenakan tol kepada pengguna jalan raya terbabit.
WCE dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa jajaran sepanjang 12.5 kilometer (km) itu beroperasi secara percuma sejak dibuka secara rasmi pada 31 Ogos lepas.
“Kutipan tol Seksyen 1 itu dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch N Go, Smart Tag dan RFID.
“Kadar tol yang dikenakan telah mengambil kira keseluruhan perjalanan pengguna, termasuk bahagian perjalanan di Lebuhraya SKVE,” katanya dalam satu kenyataan.
Berikut adalah kadar tol mengikut kelas kenderaan yang telah ditetapkan:

Sehubungan itu, Pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk memastikan baki e-wallet dan kad Touch N Go mencukupi sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa melalui plaza tol.
Untuk makluman, WCE adalah projek lebuh raya utama di Malaysia sepanjang 233 km dari Banting, Selangor hingga ke Taiping (Changkat Jering), Perak dan apabila siap sepenuhnya kelak, ia akan berfungsi sebagai nadi penting pengangkutan, yang akan menghubungkan bandar-bandar di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ8073
SELANGOR
BST8607
JOHOR
JE5310J
PULAU PINANG
PSF7012
PERAK
APL5923
PAHANG
CFH7863
KEDAH
KGJ1954
NEGERI SEMBILAN
NEL9407
KOTA KINABALU
SJU2080
KUCHING
QAB5938P
Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan
Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.
23-09-2026
Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa
Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.
22-09-2026
Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i
Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.
22-09-2026
GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia
Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.
21-09-2026
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu
Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.
18-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat