ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Video Pelajar Viral: Pemandu Bas Sudah Ditahan!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Padah rakam video anak orang!

Ia berikutan seorang pemandu bas sekolah dikatakan gemar merakam video kanak-kanak dalam kenderaan itu sehingga ia menjadi bualan hangat di media sosial.

Susulan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri mengarahkan pegawainya membuat laporan polis  terhadap pemandu bas sekolah terbabit.

Perkara itu disahkan Nancy Shukri menerusi sebuah hantaran di X semalam.

Menurutnya, beliau telah mengarahkan pegawainya dari Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) mengambil tindakan tegas itu kepada individu tersebut.

"Kami bersedia bekerjasama dengan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) negeri Johor bagi membantu siasatan.

"Perilaku tersebut tidak boleh diterima dan tidak seharusnya dinormalisasikan.

"Berkongsi gambar atau video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa adalah satu pelanggaran hak dan privasi kanak-kanak, selaras dengan Akta Kanak-Kanak 2001," ujar beliau.

Terdahulu, tular beberapa video yang memaparkan seorang pemandu bas yang mempunyai lebih 600,000 pengikut di TikTok, merakam beberapa murid sekolah perempuan yang dianggap pemandu bas tersebut sebagai 'crush' atau seseorang yang diminati atau disukai secara romantik.

Kesemua video yang dirakam sambil memandu itu memaparkan wajah murid-murid tersebut dengan jelas.

Video-video itu setakat ini sudah mempunyai sebanyak 10.5 juta tanda suka atau ‘like’.

image.png

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar mengesahkan bahawa pihaknya sudah menahan pemandu bas berkenaan.

Penahanan pemandu bas terbabit dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang susulan laporan polis terhadapnya berhubung video tular berkenaan.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR4847

SELANGOR

BST9750

JOHOR

JE7453J

PULAU PINANG

PSF8114

PERAK

APL6982

PAHANG

CFH8339

KEDAH

KGJ2431

NEGERI SEMBILAN

NEM429

KOTA KINABALU

SJU2714

KUCHING

QAB6237P

Terakhir Kemas Kini 26 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

JSPT Uji 3 Model Harley-Davidson

JSPT Uji Motosikal Harley-Davidson untuk Penguatkuasaan

25-09-2026
Berita Auto

Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi

Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.

25-09-2026
Berita Auto

Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing

Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.

25-09-2026
Berita Auto

F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma

Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.

24-09-2026
Berita Auto

Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera

Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.

24-09-2026
Berita Auto

Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan

Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.

24-09-2026
Berita Auto

Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026

Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.

24-09-2026
Berita Auto

Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan

Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.

24-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.