ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

JPJ Melaka Terima Toyota Fortuner, Bantu Tingkatkan Penguatkuasaan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

JPJ-MELAKA-TOYOTA-FORTUNER.png


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (tiga dari kanan) menyempurnakan majlis penyerahan kenderaan baharu, Toyota Fortuner, kepada JPJ Melaka (Foto: Bernama)


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka menjadi jabatan pengangkutan yang pertama untuk menerima pertambahan kenderaan baharu untuk membantu meningkatkan penguatkuasaan di negeri itu. 


Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, memaklumkan bahawa lima kenderaan penguatkuasa jenama Toyota Fortuner telah diserahkan kepada JPJ Melaka untuk meningkatkan kecekapan usaha penguatkuasaan agensi tersebut.



Toyota Fortuner dijual pada harga bermula dari RM184,880


Untuk makluman pembaca, Toyota Fortuner ialah sebuah SUV 7 tempat duduk yang ditawarkan dalam tiga varian. Varian asas, 2.4 AT dijual pada harga RM184,880, 2.7 SRZ AT pula pada RM191,880 dan 2.8 VRZ AT pada harga RM225,880, atas jalan, tanpa insurans.  Seperti kebanyakan model Toyota lain, pembelian adalah termasuk jaminan selama 5 tahun, tanpa had perjalanan. 


Toyota-Fortuner.png


Toyota Fortuner merupakan sebuah SUV 4X4 


Pemberian ini merupakan sebahagian daripada inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada bulan Julai. Anwar mengumumkan peruntukan sebanyak RM100 juta yang akan diberikan secara sekali gus kepada agensi penguatkuasaan di seluruh Malaysia.


Sebahagian daripada peruntukan JPJ, berjumlah RM10.7 juta untuk memperoleh kenderaan penguatkuasaan, telah diluluskan, dan sejumlah 58 buah kenderaan akan disalurkan secara berperingkat ke seluruh negara.


Melaka menjadi negeri pertama yang mendapat manfaat daripada inisiatif ini, dan diyakini aset penguatkuasaan ini akan menjadi pemacu untuk meningkatkan keupayaan, produktiviti, serta memperkasa kesiapsiagaan penguatkuasaan JPJ. Ini selari dengan matlamat menjadikan JPJ sebagai agensi penguatkuasaan bertaraf dunia.

Sumber: Melaka Hari Ini

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPV4529

SELANGOR

BSJ4680

JOHOR

JYJ3423

PULAU PINANG

PRU7959

PERAK

APB7510

PAHANG

CFD7458

KEDAH

KGC6096

NEGERI SEMBILAN

NEH3718

KOTA KINABALU

SJN1476

KUCHING

QAB3466M

Terakhir Kemas Kini 16 Oct, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.60

RON 97

RM 3.18

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.93

EURO 5 B7

RM 3.13

Terakhir Kemas Kini 16 Oct, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto
Kereta Baru

16-08-2024
Berita Auto

22-07-2024
Global

30-01-2024
Kereta Baru

02-02-2021
Berita Auto
Berita Auto

11-02-2025
Berita Auto

11-08-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Harga Minyak Kekal, Tiada Kenaikan

Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara masing-masing kekal pada kadar RM3.18 dan RM2.60 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Okt ini.

15-10-2025
Berita Auto

Tahniah: JPJ Rekod 350,967 Pembaharuan Lesen Sejak BUDI95 Diperkenal

Rakyat Malaysia sudah mula memperbaharui lesen mereka.

15-10-2025
Berita Auto

Pusingan Akhir Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025 Sengit & Meriah

Pusingan terakhir Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025 yang berlangsung di Sunway University menjadi medan persaingan sengit antara pelumba simulator terbaik negara dengan hadiah keseluruhan bernilai RM123,000.

15-10-2025
Berita Auto

PLUS Sumbang 4 Honda CR-V Untuk Mantapkan Penguatkuasaan JPJ Di Lebuh Raya

PLUS menyumbangkan empat unit Honda CR-V (1.5 Turbo) kepada JPJ di Kementerian Pengangkutan Malaysia, Putrajaya, semalam.

15-10-2025
Berita Auto

Penumpang Cuba Buka Pintu Aerotrain Secara Manual, Antara Punca Gangguan

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah memaklumkan bahawa sistem Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah mengalami gangguan sebanyak 19 kali dari 2 Julai hingga 30 September lalu.

15-10-2025
Berita Auto

Anggota JPJ Mula Guna Kamera Badan November Ini, Tiada Lagi Rasuah

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal melengkapkan semua anggota penguatkuasanya dengan alat perakam badan (BWC) dalam usaha meningkatkan integriti.

14-10-2025
Berita Auto

P-Circle, Semua Perkhidmatan Di Bawah Satu App

PERODUA melancarkan P-Circle yang menggabungkan pelbagai perkhidmatan dalam satu aplikasi super bagi memperkukuh konsep 'Mobility as a Service' (MaaS).

14-10-2025
Berita Auto

Pemandu Maut, Kereta Masuk Sungai

Selepas hampir 12 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan, mangsa kereta terjunam ke dalam Sungai Panchor, petang semalam akhirnya ditemui.

14-10-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.