ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

MDHS Giat Angkut Kereta Tersadai

Suhana Veru

12-1-2024

Kongsi melalui

WhatsApp-Image-2024-01-12-at-15.43.28.jpeg

Bagi yang tinggal di bawah pentadbiran  Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), anda disarankan menyimpan kereta-kereta tersadai di tempat sepatutnya sebelum ia diangkut MPHS.

Ini kerana MPHS sedang giat menyita dan menunda kenderaan yang dibiarkan tersadai oleh pemiliknya di sekitar kawasan perumahan, perniagaan dan perindustrian di daerah itu.

Tindakan tegas itu diambil kerana ia mengganggu  penglihatan, selain menjadi tempat pembiakan haiwan berbisa dan penyakit berjangkit.

Pada tahun lalu sahaja, MDHS telah  p menunda sebanyak 65 kenderaan tersadai dengan 85 peratus terletak di kawasan perumahan, perniagaan dan perindustrian daerah ini.

WhatsApp-Image-2024-01-12-at-15.43.25.jpeg

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), Mohd Hasry Nor Mohd berkata sebelum tindakan tunda dilakukan, pihaknya akan menghantar notis peringatan sebaik menerima maklumat terperinci daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Semakan lanjut di institusi kewangan berdaftar dan polis turut dilakukan oleh MPHS untuk memastikan sama ada kenderaan terbabit terlibat dengan mempunyai rekod pinjaman, kes jenayah dan sebagainya.

"Sekiranya tiada tuntutan daripada mana-mana pihak selepas tempoh notis yang diberikan tamat, MPHS akan menyiarkan iklan yang mengandungi senarai kenderaan berkenaan di media massa dan sesawang rasmi jabatan," katanya di sini.

Lazimnyam  pemilik kenderaan akan diberi tempoh 14 hari dari tarikh iklan disiarkan untuk menuntut semula kenderaan berkenaan.

WhatsApp-Image-2024-01-12-at-15.43.30.jpeg

"Pemilik juga perlu membawa salinan kad pengenalan, geran hak milik kenderaan dan menjelaskan semua kos yang ditetapkan oleh MPHS semasa membuat tuntutan.

"Jika tiada maklum balas atau respon, kenderaan tersebut akan dilupuskan mengikut peruntukan Seksyen 116, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPB6823

SELANGOR

BSE3819

JOHOR

JXW3362

PULAU PINANG

PRQ2639

PERAK

ANV2504

PAHANG

CFB6374

KEDAH

KGA3928

NEGERI SEMBILAN

NEF6675

KOTA KINABALU

SJK6701

KUCHING

QAB2775L

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.18

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

EURO 5 B7

RM 3.08

Terakhir Kemas Kini 24 Apr, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto

29-04-2025
Berita Auto

22-04-2025
Berita Auto

14-04-2025
Berita Auto

10-04-2025
Berita Auto

11-03-2025
Berita Auto

05-03-2025
Berita Auto

03-03-2025
Berita Auto

25-02-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Hati-Hati Beli Minyak Enjin Murah Di TikTok

PDRM berjaya menumpaskan sindiket yang menjalankan perniagaan pembuatan minyak enjin palsu.

30-04-2025
Berita Auto

Sebab Banyak Kemalangan, Had Laju Maksimum Di Sekolah Bakal Diwarta Kepada 30KM/J

Kerajaan akan mewartakan kadar had laju maksimum di kawasan sekolah kepada 30 km/j, tidak lama lagi.

30-04-2025
Berita Auto

Malaysia Duduk Tangga Ke-2 Miliki Kenderaan Paling Tinggi Di Asia

Rakyat Malaysia kedua tertinggi di Asia miliki kereta.

30-04-2025
Berita Auto

OPS HRA 2025: JPJ Keluarkan 58,596 Saman, Nampaknya Ramai Tak Takut Kena Saman

JPJ telah mengeluarkan 58,596 notis saman Ops HRA 2025, baru-baru ini.

30-04-2025
Berita Auto

Sudah Dibuka: Pusat 3S GAC Motor & AION Kini Di Johor Jaya

Ia yang terletak strategik di kawasan utama Plentong, Johor, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

30-04-2025
Berita Auto

Adik Maut, Abang Parah Volkswagen Langgar Pokok Doa

Seorang pemandu Volkswagen maut, manakala abangnya cedera parah apabila kereta dinaiki mereka terbabas melanggar sebatang pokok doa.

29-04-2025
Berita Auto

Jaecoo Malaysia Dedah Imej Omoda C9, Boleh Datang Jenguk Omoda C9 Di MAS 2025

Jaecoo Malaysia menjadi bualan hangat apabila memuat naik imej teaser Omoda C7 di media sosial, baru-baru ini.

29-04-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2024 CariCarz.com. All Rights Reserved.