- Berita
- Berita Auto
- Honda Day M'sia 2024: Kes Hadiah Cabutan Bertuah Berupa Honda Accord Uzur Sudah Ditukar Dengan BMW
Honda Day M'sia 2024: Kes Hadiah Cabutan Bertuah Berupa Honda Accord Uzur Sudah Ditukar Dengan BMW

Acara Honda Day Malaysia 2024 menjadi bualan hangat di media sosial apabila tular mengenai pemenang hadiah utama cabutan bertuah membawa pulang sebuah kereta Honda Accord SM4 keluaran 1992.
Gara-gara perkara itu kecoh, difahamkan, pihak penganjur Honda Day Malaysia (2024) telah menggantikan hadiah cabutan bertuah utama Honda Accord SM4 dengan BMW F30.
Penghantaran kereta itu dilakukan menerusi siaran langsung akaun rasmi TikTok group berkenaan.
Dalam pada itu, pihak penganjur yang dikenali sebagai Rey Ampang turut memohon maaf atas perkara yang berlaku.
“Lagi sekali saya dan semua crew Honda Day Malaysia memohon ampun dan maaf kepada semua pihak dan saya harap agar semua pihak bagi sedikit ruang untuk kami perbetulkan kesilapan dan kelemahan saya,” tulisnya di akaun Facebook.

Untuk makluman anda, Honda Day 2024 diadakan di Litar Antarabangsa Sepang Petronas (PETRONAS SIC) pada Sabtu lalu.
Sudah menjadi lumrah, bagi mana-mana peserta yang ingin menyertai acara cabutan bertuah itu, mereka perlu membeli baju acara terbabit dengan harga RM80 sehelai dan beg RM10.
Sebaliknya, ramai yang beranggapan acara yang menghimpunkan ramai pemilik kenderaan jenis Honda mampu menyediakan hadiah seperti Honda Civic FN terbaharu.
Namun ramai yang kecewa apabila acara yang dikatakan berjaya menjual lebih 8,000 helai baju itu hanya menyediakan Honda Accord uzur berharga RM3,500.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4065
SELANGOR
BSU8520
JOHOR
JG9543J
PULAU PINANG
PSH2428
PERAK
APM7417
PAHANG
CFJ3475
KEDAH
KGJ7239
NEGERI SEMBILAN
NEM5167
KOTA KINABALU
SJV386
KUCHING
QAB9503P
Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge