Mitsubishi Dedah Teaser Konsep SUV 7 Tempat Duduk
![]()
Mitsubishi Motors bakal memperkenalkan model konsep SUV tujuh tempat duduk yang baharu. Model konsep ini dijadualkan membuat penampilan sulung di Pameran Motor Antarabangsa Filipina (PIMS 2024) bulan ini. Terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa model tersebut akan menggunakan nama 'Pajero Sport'.
Diinspirasikan daripada Rekaan XForce
Mitsubishi XForce
Berdasarkan gambar yang dikeluarkan, jelas bahawa kereta konsep SUV ini banyak mengambil inspirasi rekaan daripada XForce, crossover kompak Mitsubishi yang menjadi pesaing kepada Honda HR-V dan Toyota Corolla Cross.


Pelbagai sudut model konsep ini kelihatan hampir sama dengan XForce seperti tiang C tebal (kiri) dan sudut hadapannya (kanan)
Antara ciri yang menyerlah adalah termasuk lampu LED berbentuk T, garis lengkungan bonet, serta dapra lebar (fender flare) belakang.
Ada juga kemungkinan bahawa model konsep ini adalah versi baharu berdasarkan model XForce, namun direka khas sebagai sebuah model tempat duduk tiga baris. Memperkuatkan lagi ‘spekulasi’ ini adalah rekaan tiang C yang yang mirip model tersebut. Gril pula kelihatan seperti diambil daripada model Outlander.
Jika spekulasi ini benar, Mitsubishi mungkin sedang bersiap sedia untuk melahirkan pesaing kepada model Honda BR-V yang juga sebuah SUV crossover dengan tujuh tempat duduk.
Filipina Penting dalam Operasi Global Mitsubishi
Pemilihan Filipina sebagai lokasi pengenalan model ini memberi petunjuk tentang kepentingan negara tersebut dalam operasi global Mitsubishi.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Filipina, Ritsu Imeda berkata, "Model konsep baharu ini mencerminkan visi Mitsubishi Motors dalam menyediakan kenderaan berkualiti tinggi kepada rantau ASEAN, dan kami teruja untuk mempamerkannya buat kali pertama di Filipina.”
Bakal Dilancarkan di Pasaran Malaysia?
Memandangkan model tujuh tempat duduk seperti Xpander berjaya mendapat tempat dalam hati ramai rakyat Malaysia, tidak mustahil Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akan mempertimbangkan untuk membawa masuk model ini ke pasaran tempatan.
Maklumat lanjut mengenai model konsep ini dijangka diumumkan semasa PIMS 2024 yang akan berlangsung dari 24 hingga 27 Oktober di ibu kota Filipina, Manila.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8025
SELANGOR
BSU3956
JOHOR
JF6536J
PULAU PINANG
PSG4096
PERAK
APM2245
PAHANG
CFJ1046
KEDAH
KGJ4573
NEGERI SEMBILAN
NEM2719
KOTA KINABALU
SJU5389
KUCHING
QAB7493P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

