ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pengusaha Stesen Minyak Mohon Insentif Khas Untuk Tambah Baik Kemudahan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengusaha stesen minyak memohon kerajaan menimbang pemberian insentif khas selain meningkatkan kadar komisyen semasa jualan minyak.

Langkah itu perlu diambil bagi membolehkan mereka menambah baik kemudahan di stesen berkenaan.

Lagipun, pengapungan harga diesel dan penyasaran subsidi ke atas RON95 dijangka bermula tahun depan dan ini akan menyebabkan margin keuntungan bakal diraih pengusaha stesen minyak semakin menyusut.

image.png

Untuk itu, Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Bumiputera Malaysia (BUMIPEDA), Datuk Abdul Aziz Sapian berharap upah dan komisyen (jualan setiap liter diesel dan petrol) dapat ditingkatkan supaya pengusaha ada lebihan yang boleh digunakan untuk menambah baik prasarana di stesen minyak.

“Ini kerana ada kalanya upah dan komisyen diterima iaitu sekitar 10 sen bagi diesel dan 15 sen petrol, tidak cukup untuk menampung belanja penyelenggaraan prasarana ini," katanya ketika dihubungi wartawan Berita Harian.

Tambah beliau, sejak  kerajaan mengapungkan harga diesel, pengusaha stesen berdepan cabaran dalam penjualan bahan bakar ini.

"Ini ditambah cadangan menyasarkan subsidi RON95 yang akan memberi kesan kepada penjualannya kelak. Jika kami tidak mendapat keuntungan sewajarnya, bagaimana kami mampu menyediakan kos belanja untuk menyedia prasarana terbaik kepada pelanggan.

"Untuk membina kemudahan surau dan menyelenggara tandas sahaja memerlukan belanja tinggi setiap bulan, belum kos operasi dan gaji pekerja lagi," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan lebih kerap turun padang dan mengadakan pertemuan dengan pengusaha stesen minyak di seluruh negara bagi meninjau masalah membelenggu pengusaha stesen minyak.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, melakukan pemeriksaan mengejut ke sebuah stesen minyak di Presint 16, Putrajaya, seusai menunaikan solat Jumaat.

image.png

Menerusi catatan di Facebooknya, Perdana Menteri memuat naik satu hantaran:

"Usai solat Jumaat, saya membuat pemeriksaan mengejut di Presint 16 termasuk dari segi infra, kemudahan tandas dan surau orang awam.


image.png


"Diapit bodyguard cilik, saya sempat melihat sendiri kesiapsiagaan kesemua kemudahan yang disediakan untuk pengunjung.

Saya percaya, masih ada banyak ruang penambahbaikan untuk dimanfaatkan semua syarikat penyedia stesen minyak terkait kemudahan yang disediakan termasuk menyediakan sejadah yang dalam keadaan baik dan bersih.


"Saya yakin kesiapsiagaan ini dapat meningkatkan mutu dan perkhidmatan ke tahap yang lebih baik demi kebersihan dan keselesaan orang awam," tulisnya. 

 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC6526

SELANGOR

BSQ8454

JOHOR

JYY7485

PULAU PINANG

PSD1321

PERAK

APJ2503

PAHANG

CFG7912

KEDAH

KGG5216

NEGERI SEMBILAN

NEK6635

KOTA KINABALU

SJS4331

KUCHING

QAB119P

Terakhir Kemas Kini 20 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

29-10-2024
Berita Auto

17-03-2023
Berita Auto

16-03-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa

inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.

19-06-2026
Berita Auto

CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun

Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.

19-06-2026
Berita Auto

Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu

Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.

19-06-2026
Berita Auto

Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ

Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.

19-06-2026
Berita Auto

Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing

Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.

18-06-2026
Berita Auto

Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!

Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.

18-06-2026
Berita Auto

Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ

Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.

18-06-2026
Berita Auto

Harga Minyak Mingguan: Diesel Turun

Harga runcit diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026.

18-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.