PROTON Bekerjasama dengan JTM Untuk Majukan Program TVET

Pengeluar kereta nasional PROTON, vendor dan pengedarnya, telah menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTM) untuk memajukan Pendidikan serta Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Jalinan kerjasama itu dimeterai di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA). untuk meningkatkan kemahiran pelajar dan pekerja sedia ada.
Kemahiran mereka akan diasah menerusi Program Latihan Struktur PROTON ADTEC dan penempatan pekerjaan.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Agung Kementerian Sumber Manusia, Sutekno Ahmad Belon.
Tiga Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani oleh Setiausaha Agung JTM, Datuk Rospiagos Taha, bersama PROTON, Persatuan Vendor PROTON (PVA), dan Persatuan Pengedar PROTON Edar (PEDA) Karnival TVET di ADTEC Melaka pada 3 Oktober lalu.

Kerjasama ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam kalangan pekerja sedia ada PROTON, pelajar, serta pengajar dari institusi di bawah JTM.
Langkah itu diambil bagi menangani kekurangan tenaga kerja mahir dalam industri automotif tempatan.
Untuk memperluas inisiatif, kerjasama ini juga akan menyediakan akses kepada 33 ADTEC dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) lain di bawah JTM.

Institusi Latihan JTM (ILJTM) ini merangkumi 10 kluster, termasuk penyelenggaraan elektrik, perkhidmatan kejuruteraan, pembuatan produk dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
Kerjasama ini akan memberi manfaat bukan sahaja kepada PROTON tetapi juga berpotensi untuk meluas kepada vendor dan pengedar melalui latihan dan penempatan, pembangunan modul, perantisan dan pensijilan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, dengan melabur pada golongan muda melalui latihan dan pembangunan yang disasarkan, pihaknya bukan sahaja mahu membangunkan pekerja mahir, tetapi juga meletakkan asas untuk masa depan.
“Kami mahu meningkatkan kemahiran dan memperkasakan bakat adalah penting untuk pertumbuhan PROTON dan industri automotif.
“Inisiatif ini bukan sahaja akan meningkatkan tenaga kerja kami tetapi juga memupuk inovasi dan kecemerlangan dalam operasi serta memastikan kami kekal di barisan hadapan dalam industri,” katanya.

Selepas majlis menandatangani MoU, 16 pelajar dari ADTEC Melaka menerima surat tawaran perantisan selam enam bulan, manakala 5 pensyarah menerima surat penempatan kerja selama satu bulan dengan PROTON, PVA dan PEDA.
Para pelatih akan berpeluang menjalani latihan di tempat kerja di kilang PROTON dan Geely, dengan penempatan pekerjaan pilihan di kilang pembuatan atau kilang enjin PROTON.
Sebaliknya, lima kakitangan sedia ada PROTON telah dipilih untuk menyertai program modular yang diberikan oleh ADTEC Melaka, dengan sasaran untuk mencapai 600 kakitangan PROTON secara berperingkat.
Program modular ini merangkumi teknologi automotif, teknologi komputer dan teknologi telekomunikasi.
Majlis penyerahan surat tawaran diadakan selepas pemindahan peralatan latihan, yang merangkumi satu unit enjin, satu unit transmisi dan dua unit Proton X50 ke ADTEC Melaka pada hari yang sama.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW3545
SELANGOR
BSP6005
JOHOR
JYV8092
PULAU PINANG
PSB8445
PERAK
APH1629
PAHANG
CFG3895
KEDAH
KGF6271
NEGERI SEMBILAN
NEK2883
KOTA KINABALU
SJR6798
KUCHING
QAB6955N
Terakhir Kemas Kini 04 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Honda Malaysia Perkukuh Dominasi Hibrid; Model e:HEV Kini Dilindungi Jaminan 10 Tahun
Bukan Untuk Model Baharu Sahaja, Pemilik Honda Jazz & City Hybrid Lama Turut Dapat Lanjutan Waranti!
04-05-2026
Nyawa Pasangan Suami Isteri Melayang Angkara Pemandu Mabuk
Kenapa Pemandu Mabuk Masih 'Berani' Ragut Nyawa di Jalan Raya?
04-05-2026
Hanya 100 Unit: Volvo Malaysia Lepaskan Flit Korporat & Unit Pandu Uji, Harga Bermula RM153,000
Bajet RM150k Dah Boleh Pakai Volvo? Rebut 100 Unit Eksklusif Volvo Selekt Sebelum Terlambat!
04-05-2026
MINI Paul Smith Edition Kini Boleh Didapati Di Auto Bavaria Dalam Dua Warna Eksklusif
Peminat setia MINI berpeluang menyaksikan pelancaran kereta MINI Paul Smith Edition oleh Auto Bavaria di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
30-04-2026
Paling Laris! Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Jade Green
Paling Laris! Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Jade Green – 8,000 Unit Sudah Terjual.
30-04-2026
Update Harga Minyak: Ada Yang Naik, Ada Yang Kekal. Check Sini
Harga RON97, RON95 tanpa subsidi naik mulai esok.
29-04-2026
Tak Perlu Pening Ingat Password Lagi, MyJPJ Kini Lebih Canggih
Lupakan Kata Laluan Lama! Ini Cara Baharu Log Masuk MyJPJ Yang Anda Wajib Tahu.
29-04-2026
Tak Menang Tangan! Mitsubishi Hantar 900 Unit Xforce Kepada Pelanggan April Ini
Laku Keras! Mitsubishi Xforce Buktikan Siapa 'Raja' SUV Kompak Terbaharu.
29-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat