Proton e. MAS 7 Catat Perjalanan Elektrik Sejauh 3,224km

Kenderaan elektrik pertama nasional PROTON, Proton e.MAS 7, akhirnya berjaya menawan seluruh Semenanjung Malaysia dengan menempuh perjalanan sejauh 3,224 kilometer baru-baru ini.
Bagi pengembaraan ke Pantai Timur, SUV elektrik C-segmen PROTON berjaya menempuh jarak 1,147km melalui Pahang, Terengganu, dan Kelantan .
Selain perjalanan di Pantai Timur, Proton e. MAS 7 sebenarnya sudah membuat perjalanan sejauh 894 km ke selatan dan 1,183 km ke utara.

Jadi, secara keseluruhannya, Proton e.MAS 7 berjaya menyempurnakan perjalanan elektrik mereka sejauh 3,224 km.
Pengembaraan kenderaan elektrik pertama Proton ini telah mendekatkan kepada rakyat Malaysia.
Ia juga merupakan sebahagian daripada fasa ujian dalam memastikan Proton e.MAS 7 berfungsi dengan sempurna dalam pasaran Malaysia.
Difahamkan, jurutera PROTON telah bekerja keras bagi memastikan ketahanan dan kebolehpercayaan pek Bateri Aegis Short Blade yang dapat menggerakkan Sistem Pemanduan 12-dalam-1. Selain itu, perisian canggih yang dibina dalam e.MAS 7 juga telah menjalani ujian intensif bagi memastikan integrasi dan fungsi dalam keadaan yang optimum.
Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, jelajah e.MAS 7 bukan sahaja berjaya menunjukkan keupayaan prestasi kawalan dan keselesaan pemanduannya , tetapi mempamerkan masa depan mobiliti Lestari.
“Perkara ini dapat mengukuhkan komitmen PRO-NET untuk membantu PROTON menerajui inovasi dan memupuk ekosistem EV tempatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Untuk makluman anda, Jelajah Proton e.MAS 7 kini telah melepasi tahap pertengahan dalam perjalanan EV ke seluruh negara.


Siri kedua Jelajah e.MAS 7 sebelum ini telah menuju ke lebuh raya utara Semenanjung Malaysia dan mempamerkan prestasi model ini dengan brek regeneratif dan kuasa 160kW.
Bagi perhentian pertama di Ipoh, siri jelajah ini telah menarik perhatian dan mengagumkan orang ramai semasa lawatan ke pusat pengedaran Proton e.MAS.
Pengembaraan ini diteruskan menuju ke Pulau Pinang, di mana Proton e.MAS 7 telah singgah di beberapa lokasi makanan popular, tempat menarik, dan pusat pengedaran Proton e.MAS di sekitar negeri itu.
Seperti di lokasi sebelum ini, orang awam yang menghadiri sesi interaksi tersebut juga tertarik dengan prestasi kenderaan, ciri keselamatan yang canggih, keluasan ruang yang mencukupi, dan reka bentuk moden yang mengagumkan.
Seterusnya, pengembaraan ini diteruskan ke Perlis, di mana kenderaan ini sempat untuk melawat kepusat pengedaran Proton e.MAS di Sungai Petani, Kedah.
-full_normal.jpg)
Di sini, Proton e.MAS 7 menarik perhatian penduduk tempatan yang teruja untuk mendapatkan perkongsian ilmu mengenai EV yang akan dilancarkan pada Disember akan datang.
Malah, Jelajah Proton e.MAS 7 telah pun membuat penampilannya di pusat pengedaran di Lembah Klang sejak Jumaat lepas.
Untuk keterangan lanjut, layari https://emas.proton.com/.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA6207
SELANGOR
BSQ4281
JOHOR
JYX4741
PULAU PINANG
PSC5767
PERAK
APH7560
PAHANG
CFG6287
KEDAH
KGG2483
NEGERI SEMBILAN
NEK5154
KOTA KINABALU
SJS1284
KUCHING
QAB9045N
Terakhir Kemas Kini 30 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah
Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.
29-05-2026
Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia
Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.
28-05-2026
PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS
Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.
22-05-2026
BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV
Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.
20-05-2026
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia
Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!
19-05-2026
Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit
Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?
13-05-2026
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat
Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!
13-05-2026
Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai
Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.
12-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat