- Berita
- Berita Auto
- Proton, Grab Jalin Kerjasama, Ada Berita Baik Untuk Abang Grab Kalau Nak Beli Proton Saga
Proton, Grab Jalin Kerjasama, Ada Berita Baik Untuk Abang Grab Kalau Nak Beli Proton Saga

Pengeluar kereta nasional, PROTON menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Grab Malaysia untuk mengembangkan pilihan kenderaan bagi pemandu e-hailing.
Kerjasama itu bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pemanduan dan menyokong keperluan yang semakin meningkat dalam industri e- hailing.
Memorandum Persatuan (MoA) itu telah ditandatangan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON, Roslan Abdullah, Pengarah Operasi dan Mobiliti Negara, Rashid Shukor.

Menerusi kerjasama itu, Proton turut menawarkan faedah eksklusif mulai 4 November ini menerusi kempen “Saga Power Up for Grab Drivers”.
Kempen ini memberikan akses keutamaan kepada rakan pemandu Grab untuk memiliki Proton Saga.
Kempen ini termasuk insentif dan tawaran eksklusif seperti rebat tunai dan diskaun perkhidmatan 5% yang sah untuk dua tahun pertama atau sehingga 40,000 km.
Malah, pemandu yang layak boleh membeli sebanyak mungkin Proton Saga, selagi mereka memenuhi syarat Grab Malaysia.
Sejak 1985, Proton Saga telah melalui perjalanan yang panjang dalam memberikan mobiliti kepada generasi rakyat Malaysia.

Ciri ketahanan dan keselamatannya, perkara yang penting untuk pemandu e-hailing, termasuk ABS, pengedaran brek elektronik, sensor parkir depan dan belakang, kawalan daya cengkaman, kolum stereng yang boleh dilaras, dan skrin sesentuh.
Dengan jualan melebihi 2 juta unit pada bulan Mei tahun ini, model ini merupakan model paling popular dalam sejarah Malaysia. Untuk tahun 2024, model ini telah mencatatkan jualan sebanyak 54,066 unit, iaitu peningkatan sebanyak 5% berbanding tahun lepas.



Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON. Roslan Abdullah berkata, pihaknya teruja untuk bekerjasama dengan Grab Malaysia dalam menyokong industri e-hailing dengan menawarkan model ikonik kami, Proton Saga, kepada rakan pemandu Grab.
“Kebolehpercayaan dan kos penyelenggaraan yang berpatutan adalah faktor penting bagi usahawan yang menggunakan kereta sebagai alat kerja utama mereka.
Selain itu, kerjasama ini memberikan keistimewaan eksklusif kepada mereka yang menerima tawaran ini, sambil menyokong visi kami untuk pengangkutan yang lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia,” katanya.
Untuk maklumat lanjut, pemandu yang baru ataupun sedia ada dan ingin menyertai kempen ini boleh melayari laman web Grab dan aplikasi mereka.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge